Mysalam adalah merupakan salah satu inisiatif melalui skim takaful perlindungan kesihatan secara percuma dapat menyediakan perlindungan bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan sebulan yang rendah menerusi Program Dana Amanah Mysalam.
Inisiaitf ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk dapat membantu serta mempermudahkan kehidupan bagi mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dalam menjalani kehidupan seperti biasa jika menghadapi situasi masalah kewangan sekiranya didignos dengan penyakit.
MANFAAT MYSALAM
Anda boleh rujuk di bawah untuk mengetahui manfaat Mysalam :
- Menerima pembayaran bantuan RM8000 bakal diumumkan
- Menerima bantuan kewangan harioan RM50 selama 14 hari untuk setahun ataupun RM700 untuk setahun
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan penerima bantuan Mysalam :
- Berumur 18 tahun sehinnga 65 tahun dan pasangan
- Berumur 40 tahun sehingga 65 tahun dengan pendapatan kurang dariapda RM24,000 setahun
- Kategori OKU berumur 18 tahun sehingga 65 tahun dengan pendapatan kurang dariapda RM24,000 setahun
CARA MOHON
Permohonan ini tidak diperlukan ,anda hanya perlu membuat penebusan sahaja seperti mana di bawah akan diterangkan.
- Individu yang merupakan penerima BSH/BPR adalah secara automatik akan dimasukkan ke dalam sistem Mysalam
- Anda boleh membuat semakan melalui laman web portal rasmi https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Penerima yang layak akan menerima SMS melalui Mysalam
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan Mysalam , anda boleh rujuk terus melalui di talian hotline 1-300-88-8938 .
Selepas dari kena covid, saya dah claim tapi sampai sekarang belum dapat apa apa balasan pun. 🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄
memang begitu punya bro, tak tau dapat atau xdapat claim hanya tunggu durian jatuh aje.. lagipun sampai hujung tahun ni aje.. i rasa mrk tunggu hujung tahun lepas tu ckp dgn kita dah xdpt claim lagi..
semua ni tipu semata2…jnji palsu…mmg xkan dapat …just to make people feel and think…"wahhh…bagus laa kerajaan"….puih
Benda ni tak tipu,
Cuma proses lama sikit,
Aku mohon clim kuarentin covid bulan 4 2021 dan terima pada bulan 11 2021,
Sabar itu indah bro
Betul la tu sbb skrg terlalu ramai yg mohon so proses pun lmbat la..Cuma x sngka skrg dh de law baru pulak erk..kna kategori b40 & kuarantin kat hospital jer yg dpt..sblm ni ok jer sape² boleh mohon janji kna kuarantin..Sabar jelaakn
Ok. Anggap tak tipu tapi siapa ada nasib kan? Bulan lima apply skg dah bulan 12?? Mcm mana kata??
kalau nomber yang terdaftar dulu sekarang tak pakai lagi macam mana cara nak semak mysalam dan macam mana nak tukar nomber hp