Bantuan Kewangan Kepada Individu Yang Hilang Pekerjaan Sehingga RM600 “One-Off”

Kongsi

 Untitled 3

Untuk pengetahuan anda semua , kerajaan telah memberikan satu insiaitf yang dinamakan sebagai Progam KerjayaGig yang merupakan skop tawaran pengambilan pekerja di bawah Program PenjanaKerjaya 3.0 . Program PenjanaKerjaya 3.0 akan memberikan peluang kepada individu untuk mendapatkan pekerjaan gig sama ada sementara ataupun pekerjaan sepenuh masa.


Maksud pekerja ekonmi gig adalah khususnya kepada orang yang bekerja sendiri melalui perkhidmatan aplikasi digital untuk mendapatkan gaji seperti Grabcar , Foodpanda , Maxim , GrabFood serta lain-lain lagi.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang bakal diterima oleh pekerja ataupun majikan daripada kerajaan sebanyak 

  • RM200 bagi majikan , penyedia perkhidmatan yang berdaftar dengan PERKESO
  • RM600 bagi individu yang berjaya untuk menerima pekerjaan sementara gig sehingga 6 bulan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat yang diperlukan semasa membaut permohonan :

  • Individu yang hilang pekerjaan tetapi sudah berdaftar dengan PERKESO
  • Individu yang menganggur mencecah 180 hari
  • Pekerja formal yang berdaftar dengan PERKESO tetapi diberikan notis cuti tanpa gaji
  • Pencari kerja yang terdiri daripada golongan rentan , seperti ketua keluarga , orang kurang upaya serta ibu tunggal yang berdaftar dengan e-kasih

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin membuat permohonan , sila ikuti langkah-langkah di bawah :

  • Pertama sekali , anda perlu log masuk di www.myfuturejobs.gov.my  dan buat permohonan pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri
  • Setelah berjaya dalam mengambil pekerja , majikan dinasihat perlu mendaftarkan orang bekerja sendiri melalui  penjanakerjaya.perkeso.gov.my supaya dapat memohon insentif Program Kerjayagig

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan , anda boleh terus hubungi di talian hotline 1-300-22-8000

Leave a Comment