Bantuan Kewangan BMT Dikreditkan Hujung Tahun Ini

Kongsi
Untitled 1

Terdapat sebuah bantuan kewangan sebanyak RM800 yang akan disalurkan pada hujung tahun ini. Bayaran tersebut adalah merupakan selama 4 bulan berjumlah RM800 dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.



Bantuan kewangan itu adalah merupakan salah satu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) juga merupakan bantuan tahunan sama seperti bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 


BANTUAN RM800

Seperti yang anda tahu seperti diterangkan di atas Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah ditambah baik oleh kerajaan dengan jumlah bantuan telah dinaikkan.

Melalui kerajaan agensi RISDA juga sentiasa megambik berat dalam memelihara kebajikan pekebun kecil serta dapat melaksanakan pemantauan agar tiada sebarang berlakunya kecuaian yang melibatkan pekebun kecil tercicir dalam bantuan itu.

JUMLAH DINAIKKAN

Pada tahun ini , BMT telah ditambah baik oleh kerajaan iaitu pada asalnya RM600 dan dinaikkan kepada RM800 untuk penerima yang layak sahaja.

Kadar kenaikkan bantuan ini sudah pasti dapat meringankan serba sedikit beban kepada para pekebun yang telah terkesan akibat menghadapi musim tengkujuh semasa melanda negara kita.

TARIKH MOHON

Makluman untuk semua , permohonan bagi bayaran bantuan bulan November  , Disember 2023 , Januari & Februari 2024 pula telah dibuka sehingga 15 September.

Jika anda ingin membuat sebarang permohonan baharu , anda boleh terus buat melalui laman web yang disediakan di bawah ini :

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk permohonan BMT :

I) Pekebun kecil yang telah menyertai program tanam semula RISDA ataupun bukan di bawah mana – mana agensi 
  • Kad pengenalan & salinan
  • Geran asal tanah & salinan
  • Salinan buka akaun bank yang aktif
II) Penoreh bukan pemilik dikhendaki untuk menyertakan dokumen sokongan seperti
  • Kad pengenalan & salinan
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan KaD PAT-G masih aktif
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah yang sah

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan BMT , anda boleh terus layari laman web portal rasmi RISDA di https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/.

Leave a Comment