Tahukah anda semua , terdapat sebuah bantuan kewangan melalui Mysalam dengan secara automatik akan diberikan kepada penerima yang layak sebanyak RM8,000 .
Oleh itu , jika anda merupakan penerima BKM 2022 ini , anda layak untuk menerima bantuan kewangan melalui MySalam.
Anda perlu baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui maklumat lebih terperinci mengenai bantuan MySalam.
SIAPAKAH YANG LAYAK?
Makluman untuk semua , penerima BKM yang berumur 65 tahun secara automatik akan menerima perlindungan di bawah Skim MySalam dengan pelbagai manfaat seperti berikut :
- Pembayaran tunai berjumlah RM8,000 secara “One-Off” jika terdapat didiagnos salah daripada 45 penyakit
- Elaun hospitalisasi berjumlah RM50 sehari dengan maksimum selama 14 hari
PERINCIAN MYSALAM
MySalam adalah merupakan salah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan secara percuma yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyediakan perlindungan takaful agar individu yang berkelayakan akan menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam menerusi tabung Amanah MySalam.
Tujuan kerajaan memperkenalkan MySalam adalah untuk menyediakan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi menghadapi jika terkena penyakit – penyakit kritikal.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai skim takaful perlindungan kesihatan percuma ini , anda boleh terus membuat pertanyaan di :
- emel : info@mysalam.com.my
- Nombor talian : 1-300-888-938
salam.mysalam sy lulus dari dulu masa di knl kan mysalam.2022 pun sy lulus mysalam…nk tanya mcmna nk dpk mysalam ni.minggu lepas sy terima sms mysalam..
sy tgh sakit ni..mcmna nk mohon mysalam ni
Saya mohd mahadi hussin saya dh daftar mysalam tapi tak ada respon apa2 pon
Mysalam dari tahun lepas takda khabar berita . Claim dlm proses , dokumen dah submit masih juga takda khabar berita bila Claim masuk dan lulus , dari bulan 5 tahun lepas lagi
Kalau betul nak membantu,berdirilah di jalan yang benar…
hlo cik..sya mmng lulus yg mysalam thn ni rm700 tu tpi mcmna sya nk tntut wangtu