Bantuan Kewangan Berjumlah RM100 Untuk Golongan Bujang Tahun 2023

Kongsi
Untitled 1

Seperti yang kita lihat , kerajaan tidak pernah sama sekali menepikan golongan bujang untuk terima bantuan. Perkara ini telahpun terbukti berdasarkan dalam perlaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terlibat dalam bayaran bagi kategori bujang.



Untuk beberapa bulan ajan datang , pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melibatkan kategori bujang. Oleh itu , golongan bujang bakal terima bayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 3
Makluman untuk semua , bayaran bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah ini akan diteruskan bagi Fasa 3. Ini bermaksud hanya tinggal 1 Fasa sahaja lagi bagi bayaran STR untuk tahun 2023 berakhir.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini telah diperkenalkan semasa bajet belanjawan diadakan. Tujuan utama bantuan kerajaan ini perkenalkan adalah untuk membantu rakyat yang kurang mampu bagi membuat perbelanjaan barangan asas.
KADAR BANTUAN STR
Bayaran untuk STR Fasa 3 kali ini adalah sebanyak RM800 jika berbanding dengan Fasa 2 yang lepas berbeza RM200 sahaja.

1. Kategori Isi Rumah (RM0 – RM2,500)
  • 0 Anak – RM300
  • 1 – 2 Anak – RM400
  • 3 – 4 Anak – RM600
  • 5 & Ke Atas – RM800
2. Kategori Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
  • 0 Anak – Tiada Terima Bayaran
  • 1 – 2 Anak – RM150
  • 3 – 4 Anak – RM200
  • 5 & Ke Atas – RM250
3. Kategori Bujang & Bujang OKU
  • RM100 
4. Kategori Warga Emas Sebatang Kara
  • RM100
KATEGORI YANG AKAN TERIMA BAYARAN
Bagi terima bayaran Fasa 3 ini melibatkan semua kategori . Oleh itu , tiada satu pun kategori yang tercicir dalam bayaran STR Fasa 3 kecuali kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000 Tiada Anak yang tidak akan terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3.

Di samping itu , bayaran ini juga melibatkan pemohon yang lulus dalam permohonan pada bulan Mac yang lepas. Semakan kululusan ini anda boleh buat dalam beberapa hari yang terdekat sebelum tarikh bayaran STR Fasa 3 mula dilaksanakan.

Mulai sahaja pada Fasa 3 ini , jumlah bantuan yang bakal masuk ini berdasarkan daripada kemas kini yang telah dilakukan oleh setiap penerima (Jika ada).
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3
Berkemungkinan besar bayaran STR Fasa 3 ini bakal dilaksanakan pada bulsn Julai 2023. Tetapi tarikh rasmi belum dikeluarkan lagi oleh kerajaaan.

Leave a Comment