Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) : Bantuan Sebanyak RM2,000 Akan Diberikan Kepada Isi Rumah Secara “One-Off”

Kongsi

 AVvXsEib6IQNbwhuzwiyDx8RrDzFPnME Bbmz0Vflfg56LrJSKQ9UlVIW8ZLU 7DUDe5Cf77QeSyUJFt9aTWp anXfxU cL8LthFGBifCgujlw8E997Tvv uilWYLBmK QPHVP9Xvpqi5OFKmOT3y1jobCrXLDk41m1yye iLU6aXAcnGWvYFz7q93cZgL2q=w640 h384

Kuala Lumpur : Pada pembentangan Bajet Belanjawan 2022 secara langsung yang diadakan pada 29 Oktober 2021 , kerajaan telah memperkenalkan satu insentif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion serta dapat memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima.


Dalam pembentangan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz , insentif ini akan memberikan peningkatan yang baik berbanding dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk sebelum ini di mana insentif ini melibatkan peruntukan sebanyak RM7 bilion serta memberi manfaat kepada 8.6 juta penerima.

Pembentangan Bajet Belanjawan 2022 ini akan lebih fokus kepada 3 utama seperti Memperkukuhkan Pemulihan , Memacu Pembaharuan dan Membina Daya Tahan.

Menerusi Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz , kerajaan akan memberikan komited untuk membantu Keluarga Malaysia agar dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang menular di negara kita.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah merupakan jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan diberikan kepada penerima yang layak mengikut kategori seperti :

  • Isi rumah yang mempunyai pendapatan RM2,500 dan ke bawah serta mempunyai lebih 3 orang anak akan diberikan bantuan sebanyak RM2,000 secara “One-Off”
  • Isi rumah yang mempunyai pendapatan RM2,500 dan ke bawah serta mempunyai 2 orang anak akan diberikan bantuan sebanyak RM1,500 secara “One-Off” 
  • Isi rumah yang mempunyai pendapatan RM2,500 dan ke bawah serta tidak mempunyai anak akan diberikan bantuan sebanyak RM1,000 secara “One-Off”
  • Ibu/Bapa yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah serta mempunyai tanggungan akan menerima bantuan sebanyak RM500
  • Kerajaan akan salurkan kepada warga emas sebanyak RM300 sebulan

image

2 thoughts on “Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) : Bantuan Sebanyak RM2,000 Akan Diberikan Kepada Isi Rumah Secara “One-Off””

Leave a Comment