Bantuan Insentif Kewangan RM800 Untuk Individu Yang Kehilangan Pekerjaan

Kongsi

 AVvXsEjSd43fPp9sKX jERq5WsICCnAD5iP78a72yGZ1ehb OZDSPRJmKibANPWIyQMVZOzjLMHHTitSH sz 2obnj5MPiMzQ6mPu7YUcJ2T5mXLRp5ht4bik 7Yomv3odvNF93v 7jjKxS8q3vp3h6C5uD9rLOIZr5s00LgRgueSmjsWfl2SFRSjvRMT I=w640 h384

Berita baik kepada anda semua , bantuan kewangan telah disediakan untuk disalurkan kepada individu yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 melalui program KerjayaGig.Perkara ini telah dibentangkan pada bajet belanjawan 2021 dan dilaksanakan pada pertengahun tahun ini.


PERINCIAN PROGRAM KERJAYA GIG

Pada awalnya program KerjayaGig diperkenalkan adalah untuk memperluaskan lagi pengambilan pekerja melalui PenjanaKerjaya 2.0 khususnya kepada golongan yang menganggur serta golongan yang kehilangan pekerjaan.

Bukan sekadar itu sahaja , program KerjayaGig juga dapat memperluaskan lagi pengambilan pekerjaan yang bersifat sementara kepada golongan penganggur tegar di dalam Malaysia.

KADAR BANTUAN 

Anda boleh rujuk di bawah untuk mengetahui lebih lanjut kadar bantuan yang disediakan melalui Program KerjayaGig :

  • Penerima yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM600
  • Pembayaran akan dilaksanakan selama 6 bulan dengan kadar bayaran RM600 sebulan
  • Pemberian bantuan akan diberikan bagi mereka yang terlibat dengan program KerjayaGig
  • Terakhir adalah insenitf sebanyak RM200 akan diberikan kepada pertubuhan yang mengambil
  •  pekerja sama ada sementara ataupungig.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti 

  • Berdaftar dengan perkeso bagi individu yang kehilangan pekerjaan
  • Pekerja didaftarkan dengan perkeso telah digajikan tetapi diberikan cuti tanpa gaji
  • Berumur antara 18 tahun sehingga 60 tahun

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda semua , tarikh permohonan sudah dibuka pada 15 Julai 2021 dan tarikh tutup telah ditetapkan pada 

  • 31 Disember 2021

CARA MOHON

Anda boleh rujuk di bawah untuk mengetahui cara-cara untuk membuat permohonan bantuan meallui KerjayaGig.

  • Pertama sekali , anda perlu layari laman web rasmi di MyfutureJobs serta isi kategori pekerjaan anda.
  • Sekiranya lulus dalam permohonan , majikan harus mendaftarkan pekerjanya melalui laman web PERKESO untuk menerima insentif sebanyak RM600 . 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan insentif RM600.

  • Pengesahan daripada emel melalui operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk bekerja sendiri untuk pengambilan pekerja baru
  • Surat yang diberikan oleh majikan kepada pekerja cuti tanpa gaji
  • Pengesahan pekerjaan telah didatangani oleh individu yang bekerja sendiri
  • Maklumat akaun bank

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan insentif melalui KerjayaGig , anad boleh terus hubungi di talian hotline 1-300-22-8000 .


Leave a Comment