Bantuan i-Suri RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Yang Diperlukan

Kongsi

Bantuan i-Suri RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Yang Diperlukan . Berita baik untuk suri rumah kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan baharu untuk mereka yang layak sahaja. Antara kemudahan yang disediakan itu adalah dengan menyimpan wang melalui akaun simpanan KWSP dan terima insentif sehingga RM300 setahun.

Insentif ini akan dilaksanakan melalui di bawah program i-Suri 2024 yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Salah satu objektif insentif ini dilaksanakan adalah untuk sentiasa memastikan suri rumah di negara kita akan terus hidup lebih terjamin.

Suri rumah akan terima dividen setiap tahun bagi yang berkelayakan sahaja. Apabila berlakunya masalah jika menghapi masalah seperti berlakukan kematian boleh terus membuat pengeluaran duit simpanan serta mendapat potongan cukai berdasarkan syarat – syarat yang tertentu.

Sudah pasti dengan membuat simpanan ini suru rumah akan merasakan hiduo lebih terjamin di masa akan datang. Hal ini dikarakan kerana mereka yang membuat simpanan di KWSP ini umpama mereka menabung untuk di hari tua. Bagi golongan suri rumah yang terdiri daripada balu dan ibu tunggal yang telah berdaftar dengan e-Kasih di masihatkan untuk memilih i-Suri sebagai simpanan tambahan anda.

Baca juga : Bantuan SARA 2024 : Semakan Status Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah Bagi Penerima Yang Layak

BANTUAN I-SURI RM300 KWSP

I-Suri adalah merupakan salah satu program caruman secara sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuklah iaitu suri rumah , ibu tunggal , balu dan bujang.

Setiap ahli KWSP yang layak bakal terima bayaran maksimum sebanyak RM300 setahun , perkara ini adalah tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup ataupun mencapai usia berumur 55 tahun.

Untuk pengetahuan anda semua , Insentif ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 yang merupakan fasa pertama dan kerajaan telah mengugumkan program i-Suri ini berkuat khasa pada 15 Ogos 2018.

FAEDAH BANTUAN I-SURI RM300 KWSP 2024

Berikut adalah faedah yang akan diterima oleh setiap suri rumah yang layak :

  • Insentif Khas : Suri rumah akan terima insentif khas sehingga 50% bsgi setiap RM1 caruman sehingga maksimum RM300 dalam masa setahun
  • Dividen Tahunan : Akan menikmati dividen tahunan atas persaraan anda
  • Bantuan Kematian : Tertakluk dengan syarat – syarat tertentu
  • Pelepasan Cukai : Tertakluk dengan syarat dan terma KWSP

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk suri rumah yang ingin membuat permohonan :

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Merupakan golongan suri rumah yang tekah berdaftar di bawah eKasih

CARA DAFTAR PROGRAM I-SURI RM300 KWSP

  • Daftar adalah secara automatik untuk ahli KWSP baharu yang telah dipadankan dengan maklumat data eKasih
  • Boleh daftar melalui Aplikasi KWSP i-Akaun

Selain itu , dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran bantuan suri rumah

  • Mykad
  • Borang i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borann i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara membuat permohonan bantuan suri rumah ini , anda boleh terus layari portal rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my ataupun boleh hubungi Pusat Perhubungan di talian hotline 03-8922-6000.