Bantuan BINGKAS RM300 Bagi Pembelian Barangan Dapur Untuk Rakyat B40

Kongsi

Seperti yang kita tahu , kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan yang bertujuan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Walaubagaimanapun , bantuan – bantuan diberikan ini hanyalah disalurkan kelada mereka yang telah menepati syarat kelayakan sahaja dan di situ dapat dilihat golongan berpendapatan yang betul – betul memerlukan bantuan kewangan.

Mungkin terdapat golongan rakyat yang tidak tahu mengenai salah satu bantuan yang boleh dimanfaatkan dimana bantuan tersebut akan disalurkan setiap bulan. Hal ini sikatakan kerana bantuan itu bukannya disalurkan secara tunai tetapi boleh ditebus dengan membuat perbelanjaan keperluan barangan dapur .

Baca juga : Senarai Penerima Yang Layak Terima Bantuan RM100 Setiap Bulan

BANTUAN BINGKAS

Untuk pengetahuan anda semua , Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan salah satu bantuan inisiaitf Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun dikenali sebagai BINGKAS. Bantuan tersebut akan melibatkan 30,000 keluarga yang menetap di Selangor untuk membuat pembelian barangan dapur serta keperluan asas lain dengan jumlah bantuan yang diberikan sebanyak RM300 setiap bulan.

image 1
Bantuan BINGKAS RM300 Bagi Pembelian Barangan Dapur Untuk Rakyat B40 3

SENARAI BANTUAN BARANGAN DAPUR

Berikut adalah merupakan senarai barangan yang diluluskan / boleh dibeli dengan menggunakan bantuan BINGKAS RM300 setiap bulan :

  • Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus , sos , kicap & sebagainya
  • Tepung
  • Minyak Masak
  • Ubat – ubatan
  • Sayur – sayuran dan buah – buahan
  • Daging ayam , lembu , kambing serta ikan
  • Sabun , kelengkapan mandian dan bahan pencuci
  • Lampin pakai buang ( Bayi / dewasa )
  • Produk tenusu ( susu segar , susu tepung , susu sejat dan susu pekat manis )

CARA TEBUS BANTUAN BINGKAS

Berikut adalah langkah – langkah cara pembelian barangan dapur dengan menggunakan Bantuan RM300 setiap bulan :

  • Sila rujuk kedai di sini https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai
  • Pilih barangan yang mengikut kategori yang telah ditetapkan
  • Pastikan ada imbas ID penerima aplikasi e-Wallet SELANGKAH untuk pengesahan
  • Juruwang buat semakan barangan yang dibeli
  • Tekan butang PAY serta akaun BINGKAS dalam membuat pembayaran
  • Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran
  • Juruwang akan mengimbas kod QR dalam menerima bayaran
  • Semak bagi pada resit pembelian

SEMAKAN BINGKAS RM300

Anda boleh cara – cara membuat semakan pembelian barangan dapur RM300 setiap bulan mellaui di portal Rasmi seperti berikut :

  • Layari laman web portal rasmi di https://www.bingkasselangor.com/ralat
  • Seterusnya , pada halama n BINGKAS sila klik pada ( Log Masuk )
  • Masukkan nombor telefon yangtelah berdaftar
  • Masukkan juga kata laluan yang betul
  • Sila pergi ke bahagian semakan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan bingkas , anda boleh rujuk lagi pelbagai bantuan kerajaan yang diberikan pada tahun ini ,sila semak DISINI.

Leave a Comment