Bantuan Awal Pesekolahan (BAP) Berjumlah RM150 Mula Dikreditkan Pada Januari 2023

Kongsi
Untitled 2

Bantuan Awal Persekolahan ataupun dibikenali sebagai BAP kini kembali diteruskan bagi tahun 2023 seperti mana bantuan ini dilaksanakan pada tahun – tahun yang lepas. Bantuan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau juga telah mencadangkan dengan perkara tersebut semasa membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan bermula sahaja pada tahun 2012. Tujuan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk membantu serta meringankan beban perbelanjaan anak – anak yang ditanggung oleh ibu bapa dalam membelanjakan barangan persekolahan anak mereka.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini akan diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

JUMLAH BAYARAN

Jika kita lihat pada tahun lepas , pembayaran Bantuan Awal Perskeolahan (BAP) adalah sebanyak RM150 bagi setiap murid dengan secara one- off. Bagi tahun ini jumlah bayaran masih sama dengan bayaran tahun lepas iaitu RM150.

Walaubagaimanapun , jumlah bayaran ini adalah masih tertinggi jika dibandingkan dengan tahun sebelum ini adalah RM100. Oleh itu , jika anda mempunyai bilangan 4 orang anak maka jumlah yang akan diterima untuk 4 orang anak adalah sebanyak RM600.

TARIKH PEMBAYARAN BAP

Menruai kenyataan Perdana Menteri , pembayaran bantuan BAP ini dengan tanpa mengira pendapatan ibu bapa mula dibayar pada Januari 2023.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut merukapan syarat kelayakan yang diperlukan untuk terima Bantuan Awal Persekolahan :

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan , sekolah agaman rakyat serts sekolah swasta

CARA BAYARAN

Pembayaran ini akan dilaksanakan dengan 2 cara iaitu

1. Secara Dikreditkan

  • Bayaran akan dikreditkan kepada murid / ibu bapa yang mempunyai akaun bank

2. Secara Tunai

  • Diberikan mengikut tarikh sekolah yang ditetapkan untuk ibu bapa dapat hadir datang ke sekolah untuk teirma bantuan BAP

Tetapi jika dilihat kebanyakan sekolah – sekolah di Malaysia ini akan membuat bayaran secara tunai untuk diberikan kepada murid/ ibu bapa yang hadir.

Leave a Comment