Bantuan Asas Rahmah (SARA) RM600 Akan Diberikan Kepada Penerima STR 2023

Kongsi
Untitled 3

Terkini : Sebuah bantuan kewangan yang akan diberikan kepada penerima STR dengan melibatkan pembayaran secara berperingkat. Bantuan Asas ini adalah sebanyak RM600 yang mula dikreditkan pada Julai lepas sehingga Disember 2023 ini.



BANTUAN ASAS 

Pengetahuan anda semua , kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan bakul ataupun baucar makanan  melalui sidang Belanjawan 2023. Bantuan tersebut dikenali sebagai Bantuan Asas Rahmah (SARA) di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).


Melalui pemberian bantuan daripada kerajaan ini , penerima yang layak terima manfaat bantuan kewangan sebanyak RM600. Walaubagaimanapun , pembayaran tersebut akan dipecahkan dimana RM100 akan dibayar setiap bulan sehingga hujung tahun ini isitu Disember 2023.

Kelebihan bagi mereka yang layak terima bantuan ini adalah setiap kali terima bayaran penerima tersebut akan terus dikreditkan ke dalam MyKad. Penerima STR boleh membuat semakan kelayakan melalui laman web yang disediakan untuk mengetahui sama ada layak ataupun tidak.

Dengan berbekalkan MyKad anda boleh menggunakan untuk membeli barangan dapur di pasar raya dan kedai runcit berdaftar selama tempoh 6 bulan seperti yang ditetapkan. Bagi penerima STR yang menetap di negeri Sabah & Sarawak akan terima bayaran penuh pada bulan Ogos.

SYARAT KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan Bantuan Khas Asas Rahmah tersebut :
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang , warga emas serta isi rumah
  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Tersenarai sebagai penerima miskin tegar menerusi data ekasih
CARA MEMBUAT SEMAKAN
Makluman untuk semua , pemberian Bantuan Khas SARA tidak mempunyai sebarang permohonan . Oleh itu , hanya anda boleh membuat semakan kelayakan sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Khas Asas Rahmah anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ .

Leave a Comment