Ameer Ali Menghalalkan Kes Pecah Masuk Di Premis Mydin Susulan Bencana Banjir Besar

Kongsi

 AVvXsEgIE7A7Txjc2HHnUlr2G5rW2tPM0lma0ZbDXBtu2z4D6X7grU760OkVRqWVu0FMS8QMWa u YZfPZEca JYA q uzhg3cOCN46mvpCvVWN5P9WMOlTepWJM 8Ls1CCqv9QbNb iYyFeIovlT3RKGt5hwd95YDjbo ghYhCEZwy1EVnJTAIpxxULsgU =w640 h384

Pada satu kenyataan rasmi Datuk Ameer Ali telah menghalakan kes pecah masuk susulan bencana alam banjir yang melanda di Shah Alam Selangor pada 18 Diaember 2021 ( Sabtu ).


“Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir yang teruj melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19”.

“Cawangan MYDIN Mart Sei Muda , Shah Alam , Selangor turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021(Sabtu) dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Beliau juga telah mengatakan “ Saya turut ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis MYDIN Mart tersebut yang hangat dibincangkan di media sosial , media tempatan dan sebagainya,. Seujujurnya , saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut , namun keadaan darurat , mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup”.

Dengan seikhlas hati , saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat sebaliknya.

Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa.

Sumber: mydinmalaysia (Instagram)

Leave a Comment