Senarai Kategori Yang Dibenarkan Oleh Pihak KWSP Untuk Membuat Pengeluaran Wang Akaun 2

Kongsi
Untitled 1

Pada masa kini , mesti ramai yang mengharapkan dengan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 . Perkara ini telahpun menjadi salah satu isu yang tergempar buat masa sekarang kerana masih ada lagi yang terkesan dengan pandemik. 


Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

PETISYEN PENGELUARAN KHAS

Terdapat salah satu orang awam yang telah membuat sebuah petisyen untuk diberikan kepada rakyat di kalangan kita hntuj mengisi petisyen tersebut untuk menunjukkan perjuangan agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP 2.0 dilaksanakan.

Dalam program yang dibuat ini , rakyat kita telah mengisi petisyen tersebut dengan seramai mencecah 100 ribu. ini menunjukkan ramai di kalangan kita menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0 .

Walaubagaimanapun , tiada sebarang rasmi daripada pihak KWSP untuk membenarkan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini.

SKIM PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP

Pihak KWSP juga akan memudahkan rakyat dengan menyediakan beberapa skim pengeluaran yang dibenarkan bagi tahun 2022 ddngan mengikut syarat dan kelayakan sahaja. Di sini kita dapat lihat skim yang disediakan ini adalah tidak terbuka berbanding dengan Pengeluaran Khas KWSP.

Jika anda ingin membuat pengeluaran wang KWSP , anda boleh membuat pengeluaran wang KWSP menerusi akaun simpanan 2 dengan mengikut syarat kelayakan.

SENARAI KATEGORI YANG DIBENARKAN

Untuk pengetahuan anda semua , pihak KWSP hanya membenarkan 4 kategori sahaja yang layak untuk membuat pengeluaran wang KWSP.

1. PENGELUARAN UNTUK RAWATAN PERUBATAN

Jika anda menghadapi 36 penyakit kritikal yang disenaraikan , anda berhak untuk membuat pengeluaran wang akaun 2 untuk menampung kos perubatan.

2. PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Sekiranya anak anda masih melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di universiti ataupun kolej , anda boleh menampung pembayaran yuran mereka dengan menggunakan wang KWSP simpanan akaun 2.

3. PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH 

Jika anda berminat untuk memiliki rumah idaman sendiri , pihak KWSP telah menyediakan kemudahan kepada semua pencarum untuk memiliki rumah pertama menerusi

  • rumah subsale
  • pembelian rumah lelong
  • pembinaan rumah sendiri
  • pembelian Rumah Mesra Rakyat (RMR)

4. PENGELUARAN UNTUK IBADAH HAJI

Untuk para bakal haji semua , anda boleh membuat pengeluaran wang KWSP melalui akaun simpajan 2 untuk menguranvkan bebanan kos. Anda juga boleh mengeluarkan sang menerusi permohonan yang bertujuan perbelanjaan haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Leave a Comment