Terdapat sebuah Bantuan Tunai Kerajaan sebanyak RM350 yang akan diberikan setiap tahun untuk mereka yang memerlukan. Ini merupakan salah satu langkah untuk mengurangkan beban kewangan mereka lebih – lebih lagi pada masa kini.
Seperti yang kita lihat , kerajaan begitu prihatin terhadap rakyat yang kurang mampu dengan menyediakan pelbagai jenis inisiaitf yang diberikn pada tahun ini sama ada peringkat negeri mahupun persekutuan.
Antara bantuan yang diberikan ialah bantuan tunai melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
BANTUAN RM350
Bantuan Am Persekutuan merupakan satu inisiatif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ditubuhjan untuk sentiasa dapat membantu kepada individu khususnya mereka yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.
JUMLAH BANTUAN
Bagi mereka yang layak dalam permohonan tersebut akan terima bantuan sebanyak RM100 minium untuk seorang dan maksimum RM350 kepada setiap keluarga.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :
- Rakyat & penduduk Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah mestilah melebihi purata pendapatan garis kemiskinan semasa bagi keluarga miskin (PGK) ataupun purata garis kemiskinan per kapita PGK Semasa
- Golongan miskin serta isi rumah yang tidak dilindungi oleh mana – mana skim bantuan bulanan JKM lain.
CARA MOHON
Pemohon perlu mengikut kelayakan seperti yang ditetapkan ataupun boleh membuat permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan tunai rakyat , anda boleh terus layari melalui laman web portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di – DISINI .