Belanjawan 2025 : Kerajaan Bersetuju Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Kepada RM4,600

Kongsi

Belanjawan 2025 : Kerajaan Bersetuju Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Kepada RM4,600. Pada 18 Oktoboer baru – baru ini , Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan bajet Belanjawan 2025 dengan tema yang baharu iaitu “Membugar Ekonomi , Menjana Perubahan , Mensejahtera Rakyat”.

Untuk pengetahuan anda semua , melalui pembentangan bajet Belanjawan 2025 ini adalah merupakan rekod yang tertinggi diumumkan iaitu sebanyaj RM421 bilion dengan meliputi RM335 bilion belanja mengurus serta sebanyak RM86 bilion belanja pembangunan dan juga RM2 bilion simpanan luar jangka.

” Selain daripada peruntukan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan , projek secara usaha sama awam – swasta (PFI) dengan nilai berjumlah RM9 bilion juga turut akan dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik melalui di bawah syarikat GLIC dengan nilai sebanyak RM25 bilion. Hal ini sudah pasti akan menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 sebanyak RM120 bilion “Katanya melalui ucapan Perdana Menteri semasa pembentangan bajet Belanjawan 2025 berlangsung.

Terdapat banyak penambah baikan yang diumumkan melalui pembentangan Belanjawan 2025 dan antara salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah merupakan perkongsian yang lebih terperinci akan dikongsikan di bawah.

Baca juga : Bayaran STR Fasa 4 Mula Disalurkan 7 November 2024 Secara Berperingkat

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

Pada pembentangan Belanjawan 2025 yang dilaksanakan secara langsung , pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun hadapan dengan peningkatan kadar bayaran iaitu kepada RM13 bilion. Jika kita bandingkan dengan peruntukan pada tahun ini cuma sebanyak RM10 bilion yang disediakan. Sudah pasti dengan peningkatan kadar bayaran ini akan memberikan manfaat secukupnya kepada 9 juta penerima ataupun bersamaan dengan 60 peratus penduduk di negara ini.

Bermula sahaja pada tahun 2025 , seramai 4.1 juta penerima STR yang terdiri daripada golongan kategori isi rumah akan menerima bantuan SARA dengan kadar bayaran sebanyak RM100 sebulan dan bayaran tersebut adalah merulaman lebih tinggi berbanding dengan 700 ribu penerima pada tahun ini .

Bagi penerima yang layak bantuan SARA akan disalurkan terus ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) bermula sahaja pada bulan April 2025. Oleh itu , bagi penerima yang layak terima bantuan SARA boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli bandangan asas keperluan seperti , barangan dapur , ubat – ubatan dan banrangan keperluan sekolah anak si pasar raya dan kedai runcit yang telah berdaftar sahaja.

Di samping itu , bagi penerima yang terdiri daripada golongan bujang pula akan terima bayaran sebanyak RM600 . Apabila dibandingkan pada tahun ini , kategori bujang cuma terima bayaran sebanyak RM350 sahaja.

Dalam masa yang sama juga , dengan penambahan ini peruntukan RM3 bilion , ia telah membolehkan kadar maksimum yang akan diterima oleh isi rumah telah meningkat kepada RM4,600.

Kenaikan Kadar Bantuan Kebajikan

Mengenai bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula , pihak kerajaan juga telah bersetuju dengan meningkatkan peruntukannya sebanyak RM2.9 bilion berbanding dengan sebelum ini RM2,4 bilion.

Kadar Bantuan Warga Emas (BWE) juga telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM600 untuk setiap penerima yang layak. Termasuklah kenaikan Bantuan Kanak – Kanak (BKK) iaitu :

  • Kanak – kanak berusia 6 tahun ke bawah akan terima bayaran RM250 pada tahun 2025 , berbandinf pada tahun 2024 sebanyak RM200 disalurkan
  • Kanak – kanak berusia 7 hingga 18 tahun terima bayaran RM200 berbanding pada tahun ini sebanyak RM150 diberikan
  • Tertakluk dengan kadar maksimum RM1,000 untuk sekeluarga

Tambahan pula , kadar Bantuan Am Persekutuan juga telah dinaikan iaitu jumlah minimum yang akan diberikan adalah sebanyak RM150 berbanding pada tahun ini sebanyak RM100 kadar minimum dan maksimum adalah RM500 sekeluarga.

” Sudah pasti tiada lagi rakyat di Malaysia yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,100 sebulan . Dan perkara ini juga belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeru , Zakat dan Yayasan.

Program Payung Rahmah

Berita baik untuk anda semua ,pihak kerajaan juga turut bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi perlaksanaan Program Payung Rahmah dengan memperluaskan lagi tawaran barangan keperluan asas dengan harga yang berpatutan di semua DUN setiap bulan.

Akhir sekali , sebanyak RM700 juta yang dikhususkan dalam memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang , termasuklah dengan usaha sama dengan pengusaha pasar raya , pasar biring , kedai runci , pasar tani dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan Belanjawan 2025 , anda boleh terus rujuk melalui Portal Rasmi Belanjawan 2025 DI SINI .