STR Fasa 4 : Jadual Penuh Tarikh Pembayaran Akhir Bagi Tahun 2024. Setelah selesainya pembayaran STR Fasa 3 yang disalurkan pada baru – baru ini. Kini hanya tinggal Fasa 4 sahaja lagi yang akan disalurkan dalam masa beberapa bulan lagi.
Untuk makluman anda semua , pembayaran STR Fasa 4 ini adalah merupakan bayaran yang terakhir bagi tahun 2024 setelah selesainya perlaksanaan fasa 1 , 2 dan 3. Sila ikuti perkongsian di bawah mengenai jadual pembayaran akhir STR Fasa 4.
Baca juga : Bantuan Bujang Berjumlah RM100 Akan Dikreditkan Secara One Off ~ Semak Sekarang !
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4
Sumbangan Tunai Rahmah ataupun dikenali sebagai STR adalah merupakan salah bantuan kewangan yang akan dilaksanakan secara berperingkat dengan melibatkan 4 kali pembayaran melalui fasa 1 , 2 , 3 dan 4. Selain itu , melalui bantuan ini jumlah bayaran yang akan diberikan adalah maksimum sehingga RM2,500.
Di samping itu , Sumbangan Asas Rahmah juga telah diperkenalkan dengan kadar pembayaran sehingga RM1,200 yang akan diberikan secara berbentuk kredit agar bagi penerima yang layak boleh menggunakan dengan untuk membeli barangan keperluan asas.
STR Fasa 4
Berita baik nya adalah antara fasa 1 hingga fasa 4 , pembayaran terakhir ini adalah merupakan jumlah bayaran yang tertinggi bagi setiap kategori yang layak. Antara salah satu tujuan utama perlaksanaan bantuan ini adalah untuk meringankan beban bagi penerima yang layak.
Senarai Kategori Yang Layak STR Fasa 4
Pada pembayaran STR Fasa 4 ini kesemua penerima yang layak akan terima bantuan tersebut. Penerima yang layak termasuklah golongan isi rumah , bujang , warga emas yang tidak mempunyai pasangan.
Jumlah Pembayaran STR Fasa 4
Berikut adalah merupakan jumlah pembayaran yang akan disalurkan melalui STR Fasa 4 :
I. Kategori Isi Rumah B40 (RM0 – RM2,500)
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM350
- 3 – 4 anak : RM500
- 5 anak ke atas : RM700
II. Kategori Isi Rumah M40 (RM2,502 – RM5,000)
- Tiada anak : RM150
- 1 – 2 anak : RM200
- 3 – 4 anak : RM250
- 5 anak ke atas : RM350
III. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
- RM100
IV. Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Buat masa sekarang , tiada sebarang kenyataan rasmi lagi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai tarikh pembayaran STR Fasa 4. Tetapi jika dilihat pada pembayaran STR Fasa 4 (2023) yang lepas disalurkan pada bulan November. Walaubagaimanapun , berkemungkinan besar STR Fasa 4 pada tahun ini akan dilaksanakan antara November dan Disember .