Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mula Dikreditkan Kepada Penerima Yang Layak

Kongsi

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mula Dikreditkan Kepada Penerima Yang Layak. Penerima yang layak akan terima bayaran sehingga RM1,200 melalui Bantuan Sumangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan dengan cara pembayaran adalah dikreditkan ke dalam MyKad.

Terdapat penambahan bantuan SARA 2024 berbanding tahun ini. Sila ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahu lebih terperinci mengenai pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024.

Baca juga : STR Fasa 4 : Panduan & Maklumat Penting Untuk Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan rasmi telah mengugumkan bahawa bantuan SARA ini akan diteruskam lagi bagi edisi kedua setelah edisi pertama berjaya dilaksanakan pada tahun lepas.

Di samping itu , terdapat juga jumlah bantuan tambahan yang telah ditambah baik oleh kerajaan di mana kadar bayaran tersebut daripada RM600 kepada RM1,200 untuk setiap penerima yang layak.

Baca juga : STR Fasa 4 : Panduan & Maklumat Penting Untuk Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Tahun 2024

Cara Pembayaran

Insentif ini menawarkan bantuan sebanyak RM1,200 yang akan disalurkan setiap bulan iaitu berjumlah RM100 bagi penerima yang layak dalam tempoh masa selama 12 bulan. Nama serta nombor MyKad penerima yang layak direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai menerusi MyKad penerima.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600

Bagi penerima yang menetap di negeri Sabah dan Sarawak pula akan terima bayaran secara tunai sahaja dan bukannya melaluu MyKad. Pembayaran keseluruhan untuk isi rumah adalah sebanyak RM1,200. Tetapi setelah dibayar pada bulan Februari sebanyak RM600 , kini baki bayaran adalah RM600 sahaja yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos.

Bantuan STR Tambahan

Berikut adalah merupakan jumlah pembayaran mengikut tanggungan untuk setiap isi rumah :

  • Tiada anak : RM1,200
  • 1 – 2 anak : RM1,200
  • 3 – 4 anak : RM1,200
  • 5 & ke atas : RM1,200

Bujang

  • RM600

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Pembayaran ini adalah sama seperti SARA bagi tahun 2023 , hal ini demikian kerana bukan semua penerima isi rumah STR 2024 yang layak untuk terima bantuan tambahan yang disediakan oleh kerajaan ini. Berikut adalah merupakan syarat kategori yang telah ditetapkan :

  • Kategori isi rumah miskin tegar
  • Pendapatan bulanan di bawah RM1,169
  • Merupakan Penerima STR 2023
  • Tiada had umur yang ditetapkan

Semakan Portal MySTR 2024

Semakan ini anda boleh buat dengan mengikut langkah – langkah yang akan diterangkan di bawah :

  • Layari portal rasmi melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Sila klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik pada bahagian Semakan Permohonan

Note : Penerima yang layak sahaja boleh untuk melihat status mereka dalam MySTR termasuklah jumlah pembayaran yang ajan disalurkan.