Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP Dibenarkan Kepada Pencarum Tahun 2024

Kongsi

Pengeluaran Akaun 3 KWSP Dibenarkan Kepada Pencarum Tahun 2024. Pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP ini melalui akaun 3 ataupun dikenali sebagai Akaun Fleksibel yang telah dilaksanakan pada bulan Mei. Berita baiknya pula pengeluaran Akaun 3 ini adalah tanpa had selagi mana jumlah simpanan di Akaun 3 masih ada.

Melalui pembentangan bajet belanjawan 2024, pihak kerajaan Malaysia telah mengugumkan bahawa pembukaan akaun baharu KWSP bagi pencarum melalui Akaun 3 (Fleksibel).

Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP ataupun dikenali sebagai akaun fleksibel ini boleh membuatkan para pencarum untuk mengakses akaun ini pada bila – bila masa sahaja sekiranya mengalami kecemasan yang melibatkan kewangan.

Apabila kita lihat buat masa sekarang , terdapat hanya 2 sahaja Akaun KWSP yang mana masing – masing lebih menfokuskan kepada pencarum untuk persaraan nanti.

Manakala , dengan pengeluaran simpanan Akaun 3 ini pencarum boleh membuat pengeluaran sebahagian wang simpanan mereka dengan tujuan kecmasan sahaja.

Baca juga : Bantuan E-Wallet RM300 Setiap Bulan Untuk Golongan B40 Tahun 2024

Tarikh Permohonan

Untuk pengetahuan anda semua , KWSP bakal melancarka inisiaitf penstrukturan semula akaun KWSP iaitu bermula pada 11 Mei 2024 termasuklah juga dengan Akaun 3 yang telah diperkenalkan untuk memudahkan ahli membuat pengeluaran kewangan jangka pendek.

Tarikh Pembayaran Akaun 3 KWSP

Seperti yang telah diumumkan , pembayaran Akaun 3 KWSP ini mula dikreditkan pada 14 Mei yang lepas dengan secara berperingkat bagi ahli yang lulus dalam membuat permohonan.

Syarat Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Terdapat juga beberapa cadangan yang diajukan seperti pengeluaran mandatori bulanan di mana perlaksanaan in boleh dilakukan bagi ahli baharu yang lahir atau selepas tahun 2010 sahaja. Cadangan tersebut telah diperkenalkan pada Akaun 3 dengan tujuan untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan setiap ahli yang mengalaminya.

Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham telah berkata bahawa memandangkan Akaun 3 ini akan dilaksanakan sebagai dana kecemasan berkemungkinan besar menawarkan dividen yang lebih rendah jika dibandingkn dengan dua akaun yang lain.

Bayaran Akaun 3 KWSP 2024

Berikut adalah merupakan akaun ahli yang akan dibahagikan kepada seperti berikut :

  • 75 % = Akaun 1
  • 15 % = Akaun 2
  • 10 % = Akaun 3

Pengeluaran Akaun 3 Bila – Bila Masa

Salah satu tujuan utama perlaksanaan pengeluaran Akaun 3 KWSP ini adalah untuk sentiasa membantu pencarum membuat pengeluaran semasa mengalami kecemasan sahaja. Oleh itu , pengeluaran Akaun 3 KWSP ini boleh dilakukan pada bila – bila masa sahaja oleh pencarum.

Cara Mohon Pengeluaran Akaun 3 KWSP

Berikut perkongsian cara untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 3 KWSP :

  • Boleh dilakukan melalui i-Akaun KWSP
  • Pergi ke kaunter pejabat KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal