Semak Status Bayaran Bantuan RM100 MyKad Bagi Penerima STR 2024

Kongsi

Terkini : Semak Status Bayaran Bantuan RM100 MyKad Bagi Peneirma STR 2024 : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan sebanyak RM1,200 untuk penerima yang layak sahaja, Bantuan ini juga akan dikreditkan melalui MyKad mulai 2024.

Bantuan SARA 2024 ini juga terdapat satu penambahan bantuan berbanding pada tahun ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan ini sila ikuti perkongsian kami ini di bawah.

Baca juga : Bantuan STR Fasa 4 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Bagi Fasa Akhir

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengugumkan bahawa bantuan SARA telah diteruskan lagi bagi tahun 2024. Perkara tersebut telahpun dibentangkan melalui pembentangan Bajet Belanjawan 2024 yang telah diadakan pada bulan Oktober yang lalu.

Di samping itu , kadar bantuan juga telah ditambah baik iaitu daripada RM600 kepada RM1,200 bagi setiap penerima yang layak. Sudah pasti dengan penambah baikan ini dapat mengurangkan sedikit beban penerima untuk membuat perbelanjaan barangan dapur.

Cara Tebus

Program ini juga menawarkan bantuan sebanyak RM1,200 yang akan dibayar RM100 setiap bulan bagi tempih selama 12 bulan. Bagi penerima yang layak akan terima bayaran secara automatik RM100 setiap bulan ke dalam MyKad.

Nama dan nombor MyKad penerima yang layak juga boleh membuat perbelanjaan barangan keperluaan dengan menggunakan tanpa tunai melalui MyKad penerima. Tetapi bagi penerima yang menetap di negeri Sabah , Sarawak pula bayaran akan diterima melalui secara tunai sahaja dan selesai disalurkan pada bulan Februari yang lepas.

Bantuan Tambahan STR

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan tambahan yang akan diberikan kepada setiap isi rumah berdasarkan mengikut jumlah tanggungan :

  • Tiada anak – RM1,200
  • 1 – 2 anak – RM1,200
  • 3 – 4 anak – RM1,200
  • 5 anak ke atas – RM1,200

Syarat Kelayakan

Bantuan pada tahun ini adalah sama seperti dengan SARA 2023 di mana bukan semua penerima isi rumah STR 2024 yang layak untuk terima bayaran bantuan ini. Berikut adalah perkongsian syarat kelayakan yang diperlukan :

  • Golongan isi rumah miskin tegar
  • Berpendapatan di bawah RM1,169 sebulan
  • Merupakan penerima STR 2023
  • Tiada had umur yang ditetapkan

Jika anda merupakan golongan miskin tegar serta telah membuat pendaftar melalui e-Kasih , bantuan tambahan ini juga anda layak untuk terima.

Tarikh Bayaran

Untuk pengetahuan anda semua , tarikh pembayaran bagi bulan Ogos telah disalurkan bagi setiap penerima yang layak. Manakala , pembayaran bagi bulan September pula dijangkakan akan dilaksanakan pada awal bulan.