Bantuan Skim Mesra RM500 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Kongsi

Bantuan Skim Mesra RM500 : Segala syarat kelayakan yang diperlukan dan cara mohon ini sudah disediakan untuk rujukan kepada umum. Makluman untuk anda semua , bantuan inisiaitif yang dalam bentuk skim bantuan Mesra ini adalah merupakan sebahagian daripada insentif yang ditawarkan pada tahun ini.

SKIM MESRA RM150 & RM500

Pada tahun ini , dalam usaha pihak kerajaan untuk sentiasa membantu rakyat yang berpendapatan rendah pelbagai jenis bantuan kewangan yang dilancarkan serta dilaksanakan bagi tahun 2024. Antara bantuan yang diperkenalkan ini adalah program Skim Mesra.

Dalam bantuan Skim Mesra ini terdapat 2 bantuan yang akan diberikan iaitu melalui SMUE dan SMIS bagi penerima yang layak dan lulus dalam permohonan. Pengetahuan untuk anda semua , Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan ini adalah merupakan sebuah bantuan yang telah disediakan melalui kerajaan negeri.

Baca juga : Bayaran STR Fasa 3 : Bantuan Akan Dikreditkan Secara Berperingkat Pada Bulan Ini

MANFAAT YANG DITERIMA

Antara manfaat yang diterima oleh penerima setelah lulus dalam permohonan ini adalah seperti berikut :

I. Baucar Beli Belah

  • Terima bayaran sebanyak RM150 setiap tahun
  • Baucar yang diberikan boleh diguna pakai untuk membuat pembelian barangan keperluaan di pasaraya yang telah ditetapkan
  • Baucar tersebut boleh dituntut melalui pusat Khidmat DUN dengan pengesahan kad pengenalan asal
  • Baucar hanya boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan sahaja
  • Bagi ahli yang lulus , digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat yang terkini seperti nombor telefon

II. Insentif Khairat Kematian

  • Layak untuk terima bantuan insentif sebanyak RM500
  • Tuntutan Khairat Kematian perlu dibuat dalam tempoh masa selama 6 bulan dari tarikh kematian ahli yang berdaftar
  • Tuntutan yang lewat dari tempoh 6 bulan dari tarikh kematian tidak akan diberikan bantuan
  • Tertakluk kepada kematian bermula pada 1 Januari 2024
  • Tuntutan bantuan ini akan dibuat oleh waris menerusi pindahan wang terus ke akaun
  • Bagi waris yang membuat tuntutan baucar jom shopping seleas ahli meninggal dunia hanya diberikan sebanyak RM350 sahaja

CARA MOHON

Bagi mereka yang sudah memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan dan ingin membuat permohonan , Anda boleh mengemukakan permohonan dengan secara online melalui laman web portal rasmi SKIM MESRA YAWAS.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat banyak jenis bantuan kewangan yang disediakan pada tahun ini untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan khususnya bagi kategori B40. Anda boleh lihat senarai bantuan yang kerajaan akan laksanakan pada tahun ini SEMAK DISINI .