STR Fasa 3 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

Kongsi

Berita baik untuk anda semua khususnya bagi penerima STR ini kerana kerajaan telah mengugumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2024.

Walaubagaimanapun , pembayaran ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut bank masing – masing yang telah didaftarkan. Seperti yang kita tahu , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah merupakan salah satu bantuan kerajaan yang akan disalurkan kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Sila ikuti perkongsikan maklumat mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2024.

JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN STR 2024

Berikut adalah merupakan jumlah keseluruhan bayaran STR bagi tahun 2024 mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh kerajaan :

I. Isi Rumah (Berpendapatan Di Bawah RM2,500

  • 0 Anak : RM1,000
  • 1 – 2 Anak : RM1,500
  • 3 – 4 Anak : RM2,000
  • > 5 Anak : RM2,500

II. Isi Rumah (Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000)

  • 0 Anak : RM500
  • 1 – 2 Anak : RM750
  • 3 – 4 Anak : RM1,000
  • > 5 Anak : RM1,250

III. Warga Emas (Berumur 60 Tahun)

  • RM600

IV. Bujang (Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah & Berumur 21 – 59 Tahun)

  • RM350

TARIKH PEMBAYARAN

Untuk makluman anda semua , bayaran STR Fasa 3 ini akan dikreditkan pada bulan Ogos 2024 dengan secara berperingkat. Namun begitu , tarikh bayaran tersebut akan dirujuk mengikut tarikh penghantaran borang permohonan iaitu dalam talian serta borang kertas.

image
STR Fasa 3 2024 : Semakan Status & Jumlah Bayaran 3

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2024

Jika anda ingin membuat semakan status boleh dibuat melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

CARA BUAT SEMAKAN STATUS STR FASA3

Berikut adalah cara – cara untuk membuat semakan status STR Fasa 3 :

  • Sila klik pada log masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pastikan dapat membuat pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan kata laluan yang sah
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti berikut : Status Bayaran & Maklumat Pembayaran

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai STR Fasa3 , anda boleh terus rujuk melalui laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .