Untuk pengetahuan anda semua khususnya kepada golongan perempuan yang menjadi suri rumah , Golongan suri rumah akan menerima insentif sebanyak RM480 untuk setahun. Golongan suri rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP melalui insentif khas yang disediakan iaitu i-Suri.
Tujuan i-Suri diperkenalkan adalah untuk sentiasa memastikan kesejahteraan golongan suri rumah sebagai pengorbanan mereka kepada ahli keluarga serta pembangunan negara. Dalam insentif i-Suri terdapat banyak faedah yang ada.
Antara faedah yang dimaksudkan di atas adalah golongan suri rumah akan menerima insentif sebanyak RM480 untuk setahun . Selain itu , bantuan kematian seabnyak RM2500 juga telah di sediakan dalam insentif i-Suri untuk golongan suri rumah.
CARA DAFTAR I-SURI
Permohonan ini boleh dibuat dengan pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda dengan membawa dokumen yang diperlukan seperti
- Mykad
- Borang i-Suri KWSP 16G M (Bagi Perdaftaran Buat Kali Pertama)
- Borang i-Suri KWSP 6A 2 (Borang Semasa Pembayaran)
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :
- Warganegara Malaysia
- Isteri adalah merupakan kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
- Berumur tidak melebihi 60 tahun
- Golongan suri rumah yang berdaftar dengan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) pada 30 November 2019
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 untuk sebulan ataupun RM60 untuk setahun ke dalam akaun KWSP
CARA BAYARAN
- Secara tunai ataupun cek di kaunter peresitan KWSP
- Secara tunai ataupun cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
- Pindahan wang melalui perbankan internet
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih mengenai insentif I-Suri KWSP , Anda boleh terus layari laman web di portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri .