Mungkin Diantara Kita Ada Yang Tersilap Transfer Kan? Ini Cara Untuk Mendapatkan Semula Duit Anda Yang Tersalah Transfer

Kongsi

 

Untitled 1

Pada zaman sebelum ini , pembayaran hanya boleh dilaksanakan secara tunai sahaja ataupun boleh pergi ke bank . Walaubagaimanapun , zaman semakin canggih di mana teknologi yang semakin berkembang yang banyak memudahkan urusan kita.


Teknologi yang maju membuatkan kita dapat membuat pembayaran secara atas talian sama ada menggunakan komputer mahupan telefon bimbit. Dalam masa yang masa pembelian makanan juga kita boleh membuat pembayaran secara online tetapi rujuk kepada pemilik jualan.

Walaupun semua perkara ini mudah hanya di hujung jari , kadang – kadang mesti kita pernah tersilap membuat transaski pembayaran kepada orang lain. Perkara ini mesti pernah terjadi dekat korang kan?.Mesti ada yang di kalngan kita yang menjadi tanya apa yang perlu dibuat sekiranya terjadi begini.

Ya lah kalau harga barang tu RM50 ke takpe tetapi harga sampai cecah RM200-RM300 banyak juga kan kalau di lihat dengan jumlah yang tersalah transaksi. Anda perlu tahu cara untuk dapatkan semula wang yang salah transfer ke akaun orang lain.

Anda mungkin bermiant dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

CARA DAPATKAN SEMULA WANG YANG TERSALAH TRNSFER

1. Membuat Laporan Polis

Seperti yang kita tahu , mana-mana perkara yang melibatkan wang ringgit mesti kita akan merujuk kelada balai polis bagi membuat laporan polis. Anda perlu membuat laporan polis mengenai tersalah membuat pindahan wang ringgit. Dalam laporan polis terdapat antara maklumat yang dimasukkan seperti :

  • Nombor akaun yang tersalah transfer
  • Waktu transaksi 
  • Jumlah amaun yang telah dipindahkan

Pastikan dapat salinan laporan daripada pihak polis untuk membuat rekod simpanan yang akan memudahkan pross akan datang.

2. Pergi Ke Cawangan Bank Yang Anda Telah Gunakan

Sekiranya anda telah mendapat salinan laporan polis , anda boleh hadirkan diri ke mana-mana cawangan bank yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Jelaskan kepada pekerja bank mengenai masalah yang anda hadapi agar dapat mengembalikan wang yang anda telah tersilap transfer.

3. Tunggu Persetujuan Pemilik Akaun Bank 

Disebabkan kesalahan ini atas perbuatan diri sendiri serta tansaksi itu telah berjaya dipindahkan , pihak bank tidak boleh sesuka hati untuk kembalikan duit tersebut ke dalam akaun asal tsnpa sebarang membuat persetujuan dengan pemilik akaun yang tersalah transfer.

Jadi di sini kita dapat lihat dua kemungkinan yang akan terjadi sama ada pihak akaun tersebut setuju atau tidak bersetuju untuk mengembalikan wang yang tersalah transfer. Sekiranya pemilik akaun itu bersetuju maka beliau perlu ke mana – mana cawangan bank serta mengisi borang khas. Setelah proses berjaya maka wang akan dikembalikan kepada mereka yang tersalah membuat transaksi.

Leave a Comment