Permohonan Rumah Mampu Milik Tahun 2022 Kini Dibuka Kepada Golongan B40 ~ Mohon Sekarang !

Kongsi
Untitled 2

Makluman anda semua , rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh membuat permohonan rumah mampu milik bagi tahun 2022. Hal ini sudah tentu akan menjadi memiliki rumah pertama idaman anda.


Jabatan Perumahan Negara (JPN) juga telah menyediakan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan sebuah portal rasmi secara online menerusi TEDUH dimana laman sesawang ini membolehkan rakyat untuk membuat semakan ataupun mencari rumah yang bakal menjadi rumah pertama idaman mereka.

Di bawah kami akan kongsikan maklumat lebih terperinci mengenai Skim Perumahan di Malaysia.  Anda boleh membaca artikel ini sehingga habis agar mudah memahami sebelum membuat keputusan sama ada ingin mohon ataupun tidak.

CARA DAFTAR

1. Daftar Akaun 

  • Pertama sekali , anda boleh daftar akaun di laman web https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • Anda boleh masukkan maklumat peribadi seperti nama , no kad pengenalan serta email , Seterusnya , anda boleh klik pada bahagian butang daftar.

2. Buat Pengesahan

  • Pemohon ini akan terima email dari Pendaftaran Akaun Skim Perumahan Mampu Milik yang bertujuan adalah untuk mengaktifkan akaun telah didaftarkan
  • Pemohon boleh klik pada bahagian bewarna biru bagi mengaktifkan akaun serta penetapan kata laluan anda
  • Masukkan tetapan kata laluan , Anda boleh memastikan “Pengesahan Kata Laluan “ adalah sama dengan ruangan “Kata Laluan” . Selanjutnya , klik pada bahagian butang simpan.

3. Log Masuk

  • Anda boleh masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan pada ruangan disediakan , Klik pada bahagian log masuk pada akaun tersebut

4. Pilih Skim Perumahan

  • Melakukan permohonan bagi mengenalpasti serta memilih skim perumahan yang telah ditawarkan, anda boleh klik pautan pilih skim
  • Anda boleh baca syarat serta kelayakN pemohon bagi setiap skim sebelum buat permohonan. Anda akan lihat senarai projek gang disediakan , Anda boleh klik “Pilih Skim”

5. Maklumat Permohonan 

  • Anda boleh klik pautan maklumat permohonan
  • Masukkan maklumat dengan lengkap serta klik butang “Simpan”

6. Pilih Projek

  • Anda boleh klik pada bahagian pautan projek 

7. Dokumen Sokongan

  • Anda boleh klik pada bahagian dokumen sokongan bagi memuatnaik dokumen sokongan permohonan

8. Pengesahan

  • Klik pada bahagian pautan pengesahan bagi menghantar permohonan

SENARAI PROGRAM PERUMAHAN

1. Program Perumahan Rakyat (PPR) 

2. Skim Rumah Transit

3. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan rumah mampu milik TEDUH , Anda boleh terus rujuk di 

Rumah Transit Telefon : 03-8891 4052

PPR Telefon : 03-8891 4059

MyHome Telefon : 03-8891 4027

Telefon : 03-8891 4475

Emel : teduh@kpkt.gov.my

Anda boleh kongsikan artikel ini kepada orang yang terdekat anda untuk membantu lebih ramai golongan yang terdiri daripada kategori B40 untuk memiliki rumah pertama idaman mereka.

Leave a Comment