Permohonan Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia Untuk Golongan B40 ~ Mohon Sekarang !

Kongsi
Untitled 1

Berita baik kepada anda semua , Kementerian Pengangkutan Malaysia  (MOT) telahpun memberikan kerjasama dengn Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM)  yang akan diberikan kepada khususnya golongan B40 agar dapat lesen memandu kelaa B2.


Makluman untuk semua , Bantuan Lesen Keluarga Malaysia ( BLKM) adalah merupakan sebuah Program Tanggungjawan Sosial Korporat (CSR) MOT menerusi JPJ yang telah diperkenalkan perdana menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini telah pun dilaksanakan pada tahun 1990an dengan melalui Program JPJ Bersama Rakyat sebelum tukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ serta Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri , BLKM diperkenalkan dengan tujuan agar dapat membantu golongan B40 sert masyarakat Orang Asli untuk mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

DISKAUN PEMBAYARAN LESEN

Dalam bantuan ini , mereka yang layak untuk menerima bantuan BLKM akan dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang untuk menghadiri kursus singkat.

Pembayaran ini adalah lebih murah jika kita dapat bandingkan dengan hargak kos yang sebenar yang perlu ditanggung iolej itu kebiasaannya adalah sebanyak RM750 untuk setiap orang.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut merupakan syarat kelayakan penuh yang diperlukan untuk BLKM 2022 :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur  16 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Tiada sebarang kecacatan fizikal
  • Tidak disenarai hitam JPM ataupun polis
  • Belum meiliki sebarang lesen memandu kenderaan

CARA MOHON

Bagi setakat ini , untuk sebarang permohonan belum dikeluarkan lagi . Sebarang info baharu kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai BLKM , Anda boleh rujuk laman sosial MOT.

Leave a Comment