Cara Membuat Pengeluaran Wang KWSP Melalui Akaun 3

Berita baik untuk semua pencarum KWSP , kerajaan telah mengugumkan bahawa pengeluaran KWSP melalui akaun 3 kini boleh dibuat mulai pada 12 Mei yang lepas. Pengeluaran ini dikenali sebagai Akaun Fleksibel yang dijangkakan akan dilksanakan pada bulan April tetapi telah diperkenalkan pada bulan Mei.

Seperti yang kita tahu , pada pembentangn bajet belanjawan 2024 yang lepas pihak Kerajaan Malaysia telah mengugumkan untuk membuat satu akaun baru KWSP iaitu Akaun 3 ataupun Fleksibel bagi pencarum yang intin membuat pengeluaran duit mereka.

Baca juga : Bantuan SARA Fasa 3 Sebanyak RM100 Untuk Golongan Bujang Tahun 2024

AKAUN 3 KWSP

Salah satu tujuan utama Akaun 3 ini dikenali sebagai akaun fleksibel adalah untuk memudahkan pencarum mengakses akaun ini sekiranya menghadapi musibah ataupun kecemasan yang melibatkan kewangan.

Apabila kita lihat pada masa ini , KWSP hanya mempunyai 2 Akaun KWSP sahaja dan mempunyai sama tujuan dimana untuk memfokuskan pada waktu persaraan pencarum nanti.

TARIKH PERMOHONAN AKAUN 3

KWSP juga akan melancarkan inisiaitf KWSP mulai 12 Mei dengan termasuklah akaun III yang diperkenalkan agar dapat membantu ahli menangani keperluan kewangan jangka pendek dan boleh dikeluarkan pada bila – bila masa sahaja.

SYARAT PENGELUARAN

Salah satu sebab cadangan Akaun 3 ini perlu diperkenalkan supaya dapat memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli. Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurisham telah berkata mungkin menawarkan dividen yang lehih rendah jika dibandingkan dengan dua akaun yang lain.

PEMBAYARAN AKAUN 3 KWSP

Untuk pengetahuan anda semua , akaun ahli ini akan dibahagikan kepada

  • Akaun 1 = 75%
  • Akaun 2 = 15%
  • Akaun 3 = 10%

PENGELUARAN BILA KECEMASAN

Akaun Fleksibel ini diperkenalkan adalah untuk membantu pencarum untuk membuat pengeluaran duit mereka sekiranya dalam kecemasan yang melibatkan memerlukan kewangan dengan lebih cepat.

TARIKH DAFTAR

Makluman untuk anda semua , pihak KWSP telah mengugumkan bahawa pencarum yang ingin membuat permohonan boleh dilakukan mulai 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024. Maklumat penting juga pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh masa terbabit.

CARA TUNTUT WANG AKAUN 3

Setelah berjaya sahaja anda membuat pemindahan ke Akaun 3. Ahli boleh membuat pengeluaran wang simpanan mereka melalui Akaun 3. Selain itu , cara pengeluaran ini terdapat 2 cara iaitu :

  • i – Akaun KWSP
  • Menerusi pejabat KWSP

Bagi permohonan kali ini hanya dibenarkan di bawah RM10,000 sahaja menerusi Akaun 3 dengan melaksanakan pengesahan indentiti secara elektronik melalui pengecaman wajah di aplikasi i-akaun KWSP.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *