Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2024 ~ Mohon Sekarang !


Berita untuk anda semua khususnya yang belum mempunyai lesen kerana kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan meneruskan Program MyLesen B2 untuk tahun 2024.



Tambahan pula , program ini juga bakal ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan berdasarkan syarat – syarat yang telah ditetapkan.



Kami akan kongsikan maklumat yang lebih terperinci mengenai bantuan lesen memandu serta cara untuk membuat permohonan dengan tepat.

PERINCIAN BANTUAN LESEN MEMANDU

Bantuan Lesen Memandu ataupun MyLesen bagi tahun 2024 adalah merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada rakyat khususnya yang terdiri daripada golongan B40. Menerusi bantuan ini , golongan B40 yang lulus dalam permohonan akan menerima lesen motosikal secara percuma.

Nota : Program Bantuan Lesen Memandu atau MyLesen ini adalah terhad kepada 35,000 orang sahaja dan tarikh tutup permohonan ini tiada kerana menunggu kuota sehingga penuh.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk permohonan bantuan lesen memandu :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum meiliki sebarang lesen memandu
  • Bebabs daripada senarai hitam (JPJ , PDRM, & Mahkamah)
  • Tanggungan kepada penerima bantuan yang layak memohon

CARA MOHON

Sebarang permohonan ini anda perlu mendaftar dengan scan Qr code yang disediakan ruangan di bawah untuk memasuki ke pautan yang disediakan “ DI SINI” .

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan bantuan lesen memandu , anda boleh terus rujuk panduan di (Soalan Lazim) ataupun hubungi di talian hotline 03-8892 8714/8693.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *