Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Golongan B40

Berita baik untuk anda semua , terdapat sebuah Bantuan Kredit E-Wallet sebanyak RM300 yang akan diberikan kepada golongan B40 yang layak. Pada tahun ini , kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan dan telah pun disalurkan kepada penerima yang layak.

Antara salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan adalag bantuan keperluan seperti barangan asas serta lain – lain lagi.Bantuan ini adalah daripad kerajaan negeri Selangor yang akan diberikan kepada penduduk Selangor sahaja.

Bantuan yang akan disampaikan ini adalah barangan dapur yang berjumlah sebanyak RM300 sebulan untuk rakyat Malaysia khususnya menetap di Selangor.

Baca juga : Bantuan Akhir Tahun RM100 Mula Disalurkan Kepada Penerima Yang Layak

PERINCIAN BANTUAN BARANGAN DAPUR

Bantun Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) ataupun dikenali sebagai bantuan barangan dapur ini telahpun diumumkan oleh Menteri Besar Selangor sejak pada tahun 2021 lagi dan berjaya dilaksanakan pada tahun 2022.

Ini merupakan satu inisiaitf kerajaan negeri Selangor untuk berikan kepada ketua keluarga dengan pemberian bantuan sebanyak RM300 dalam membeli barangan dapur sekaligus dapat meringankan serba sedikit beban.

OBJEKTIF BANTUAN

Tujuan utama Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) diperkenalkan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga , mendidikan serta membesarkan anak – anak mereka dengan dalam keadaan sihat walafiat.

JUMLAH BANTUAN

Setiap ketua keluarga yang layak akan terima bantuan sebanyak RM3,600 setahun dengan terima bayaran bulanan sebanyak RM300 dalam tempoh 12 bulan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Pemilih yang telah berdaftar di Malaysia
  • Lahir ataupun menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Mempunyai tanggungan anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan bulanan di bawah RM3,000

CARA MOHON

Permohonan bantuan BINGKAS ini anda boleh buat melalui pautan portal rasmi BINGKAS yang disediakan di bawah ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan barangan dapur , anda boleh terus layari laman web portal rasmi BINGKAS seperti yang diberikan di atas.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *