Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) Berjumlah RM1000 Tahun 2023

Dalam tahun ini , kerajaan telah banyak membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai jenis bantuan khususnya isi rumah , bujang dan warga emas. Sudah pasti perkara tersebut akan meringankan serba sedikit penerima yang terjejas.



Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut , anda perlu membaca artikel ini sehingga habis agar dapat memahami setiap maklumat yang disampaikan.


BANTUAN SKK 

Antara bantuan yang akan diberikan adalah bantuan SKK ataupun dikenali sebagai Skim Khairat Kematian yang berjumlah RM1,000 untuk setiap individu yang layak.

PERINCIAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Salah satu objektif Skim Khairat Kematian ini diperkenalkan adalah untuk memberi sokongan kewangan kepada rakyat yang mengalami kematian ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Dengan program yang sedia ada ini dapat membantu serba sedikit perbelanjaan yang diperlukan oleh penerima.

JUMLAH BANTUAN SKK

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan kepada setiap individu yang layak :

  • RM1,000

SYARAT KELAYAKAN

Sebelum membuat permohonan bantuan SKK ini , anda perlu memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan seperti :
  • Kahwin ataupun
  • Ibu atau Bapa / Tunggal / Duda / Janda / Balu yang mempunyai anak
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Meninggal dunia pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2023
  • SKK ini boleh dituntut oleh wakil yang didaftarkan oleh pemohon bermula 15 April 2022
  • Pasangan yang bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak untuk tuntut bantuan SKK

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

  1. Sijil kematian asal ataupun salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 
  2. Kad Pengenalan asal wakil 
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Setiap wakil yang ingin membuat tuntutan boleh dilakukan melalui di mana – mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) . Hanya perlu membawa dokumen yang diperlukan sahaja seperti yang diterangkan di atas .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *