Kadar Minimum STR Dinaikkan Kepada RM500 Untuk Golongan Belia Tahun 2024


Makluman untuk semua , pada pembentangan belanjawan 2024 baru – baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengugumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan lagi pada tahun depan.



Dalam pembentangan tersebut Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10  bilion bagi tahun 2024 berbanding pada tahun ini hanya RM8 bilion.


Jika kita lihat melalui bantuan ini telah dibentangkan oleh Perdana Menteri sudah pasti akan memberikan manfaat serta mengurangkan kos rakyat khususnya bagi rakyat yang terdiri daripada golongan B40.

Baca juga artikel :

JUMLAH BAHARU BANTUAN STR 2024

RASMI : Pada 13 Oktober 2023
Kerajaan telah menambah baik Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun depan dengan kadar maksimum adalah sebanyak RM3,700 jika dibandingkan pada tahun ini maksimum sebanyak RM3,100.

Berkenaan mengenai kategori isi rumah serta bilangan anak akan ditetapkan oleh Kementeri Kewangan selepas ini.

Tambahan pula , bagi kategori belia / bujang juga telah ditambah baik daripada RM350 kepada RM500 . Sekaligus dapat memberikan manfaat kepada golongan belia / bujang .


Apabila kita lihat pada pengkreditan sebelum ini untuk bayaran pertana STR untuk isi rumah kebiasannya maksimum sebanyak RM300. Tetapi untuk STR 2024 bayaran pertama telah dinaikkan kepada RM500 dan dijangkakan dikreditkan sebelum memasuk bulan Ramadan.

CARA MEMBUAT SEMAKAN SRATUS STR

Berikut merupakan langkah – langkah untuj membuat semakan status STR yang terkini :
  • Layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Seterusnya , masukkan nombor Mykad pemohon
  • Sila buat pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata lalu yang telah didaftarkan
  • Klik semakan status
  • Klik pada bahagian maklumat bayaran

TARIKH PERMOHONAN BAHARU STR 2024

Kerajaan telah membuka permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 seawal pada bukan depan iaitu November 2023 dan kebaikannya adalah permohonan dibuka sepanjang tahun jika dibandingkan dengan sebelum ini hanya setahun sekali sahaja.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran pertama Sumbangan Tunai Rahmah sehingga RM500 ini akan dilaksanakan pada bulan Februari 2024. Bagi fasa – fasa yang lain akan ditetapkan serta akan diumumkan dari semasa ke semasa.

SYARAT PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Memandangkan bantuan tersebut baru diumumkan oleh kerajaan , syarat permohonan belum lagi diumumkan bagi STR 2024.

Walaubagaimanapun , kalau kita lihat pada syarat permohonan STR 2023 ini , bagi pemohon yang perlu membuat permohonan yang baharu adalah perlu menepati syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
  • Pemohon yang tidak termasuk dalam sistwm STR
  • Pendapatan bulanan bagi kategori isi rumah di bawah RM5,000 ; ataupun
  • Berpendapatan bulanan di bawah RM2,500 untuk individu bujang tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 , anda boleh terus layari laman web portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *