Bantuan Kewangan RM300 Sebulan Untuk Penerima Yang Layak


Terdapat sebuah bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui pembentangan bajet belanjawan 2023. Bantuan yang dikatakan tersebut adalah Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) yang memfokuskan kepada orang OKU.



Kerajaan sangat mengambil prihatin rakyat lebih – lebih lagi rakyat yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memyebabkan tidak berupaya untuk bekerja.


Baca juga artikel :

OBJEKTIF UTAMA BANTUAN OKU (BTB)

Kerajaan menyediakan insentif kepada golongan OKU adalah bertujuan dapat membantu mereka dalam kesinambungan hidup serta mereka terus tinggal bersama keluarga yang tersayang.

JUMLAH BANTUAN

Mungkin ada di kalangan kita yang akan mengajukan soalan berkenaan berapakah jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap penerima yang layak? . Untuk pengetahuan anda semua ,jumlah bayaran untuk Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB) adalah sebanyak RM300 sebulan untuk setiap individu yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) :

  • Pemohon merupakan warganegara serta bermastautin di Malaysia
  • Umur mestilah di atas 16 tahun
  • Pemohon yang memegang kad OKU JKM
  • Tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja
  • Pemohon tersebut bukanlah dari penghuni mahupun pelatih :
  • i) Institusi kendalian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • ii) Tinggal di tempat pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma ataupun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) 
  • Pendapatan bulanan OKU tidak boleh melebihi
  • i) PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • ii) Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/btb.html .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *