Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Sebanyak RM150 Tahun 2024


Pada 13 Oktober 2023 baru – baru ini bersamaan pada hari Jumaat , kerajaan telah melaksanakan pembentangan bajet Belanjawan 2024. Dalam pembentangan tersebut terdapat satu bantuan kewangan yang diumumkan oleh Kementeri Pendidikan Malaysia akan diteruskan lagi dengan jumlah bayaran diberikan adalah sebanyak RM150.



Melalui pembentangan Belanjawan 2024 ini kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM788,130,000 bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sahaja.


Daripada kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu bagi setiap murid yang berkelayakan akan menerima BAP dengan kadar bantuan sebanyak RM150 bayar sekali sahaja. Selain itu , bantuan ini dijangkakan akan memberikan manfaat kepada 5.25 juta orang murid yang ada di Malaysia.

TARIKH BAYARAN BAP 2024

Mungkin tarikh pembayaran ini akan menjadikan sebagai tanda pertanyaan bagi ibu bapa di kalangan kita . Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bantuan BAP sebanyak RM150 akan dilaksanakan pada bulan Januari 2024 dengan secara tunai kepada murid.

 Pembayaran ini adalah sama seperri tahun sebelum ini di mana pihak skeolah yang akan menentukan hari bayaran tersebut untuk mengagihkan bantuan kepada murid yang layak.

Jika kita lohat pada tahun – tahun sebelum kebiasaannya bantuan BAP ini akan dilaksanakan pada minggu pertama peraekolahan agar dapat membeli barangan keperluan untuk sekolah agar barangan yang lengkap dapat menjalani pembelajaran dengan lebih selesa.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 adalah seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Murid yang bersekolah di sekolah rendah atau sekolah menengah
  • Murid yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan (Skk) , Sekolah Agama , Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan (SBK) 
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Swasta yang berdaftar dibawah kementerian
  • Sekolah Henry Gurney
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

JUMLAH BAYARAN BAP

Kadar bayaran yang disediakan oleh kerajaan adalah sebanyak RM150 dengan bayaran secara one – off .

CARA MOHON

Bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini tidak memerlukan sebarang permohonan serta tidak ada borang – borang yang perlu didapatkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) , anda boleh terus layari laman web portal rasmi https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap untuk membuat rujukan yang lebih terperinci.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *