KWSP Membenarkan Pencarum Membuat Pengeluaran Simpanan Akaun 1 Dan 2


Simpanan KWSP ini pada umumnya telah dibahagikan kepada 2 Akaun iaitu Akaun 1 pencarum boleh membuat pengeluaran dengan syarat pengeluaran tersebut merupakan pengeluaran secara penuh.



Selain itu , simpanan akaun 2 KWSP pula merupakan pencarum boleh membuat pengeluaran secara sebahagian sahaja dengan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.


Di bawah kami akan kongsikan senarai jenis kemudahan yang dibenarkan oleh KWSP kepada pencarum yang ingin membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka.

KESIHATAN

KWSP telah membenarkan kepada pencarum yang telah menghadapi masalah kesihatan khususnya yang dalam menghidap penyakit kritikal untuk membuat pengeluaran simpanan Akaun 2 agar dapat mengurangkan serba sedikit kos perubatan.

MENGERJAKAN IBADAT HAJI

Pencarum yang berumur 55 tahun dan ke bawah serta beragama islam yang ingin mengerjakan ibadat haji sibenarkan untuk membuat pengeluaran simpanan melalui Akaun 2 sebagai tambahan simpanan di Lembaga Tabung Haji.

BERUMUR 55 TAHUN

Bagi pencarum yang telah mencapai umur 55 tahun ini dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh kerana simpanan Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungjan yang akan menjadikan Akaun 55. Sekiranya , pencarum masih memilih untuk meneruskan dalam bekerja selepas mencapai usia 55 tahun , caruman tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Emas dan pengeluaran tersebut boleh dibuat jika mencapai usia 60 tahun.

PEKERJA YANG BERPENCEN

Kepada pekerja yang telah berpencen KWSP membenarkan pencarum membuat pengeluaran penuh. Maksud pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah undang – undang bertulus dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia , Kerajaan Negeri , badan kuasa berkanum mahupun tempatan.

MENINGGALKAN NEGARA

Pencarum yang telah melucutkan taraf kewarganegaraan mereka dengan tujuan berhijrah ke negara lain dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh di simpanan akaun KWSP mereka.

MAKLUMAT PENTING

Pencarum yang telah memenuhi syarat – syarat yang diperlukan bagi setiap kemudahan pengeluaran simpanan KWSP ini anda boleh terus membuat permohonan dengan secara atas talian (online) melalui Sistem i-Akaun KWSP ataupun secara manual di cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Jika anda ingin maklumat lebih lanjut , anda boleh terus layari laman web portal rasmi KWSP.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *