Bantuan Kewangan Kerajaan Berjumlah RM2500 Bakinya Akan Dikreditkan Pada Hujung Bulan Ini


Berita baik untuk semua kerana pembayaran bagi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan lagi untuk menghabiskan keempat fasa bagi tahun ini.



PERINCIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023 ini adalah merupakan salah satu bantuan kewangan yang telah diperkenalkan melalui bajet belanjawan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup seharian dalam membeli barangan asas.


Sumbangan Tunai Rahmah juga telah dibayar secara berperingkat dengan melibatkan 4 Fasa sahaja dan sekarang berbaki hanya tinggal 2 fasa sahaja.

JUMLAH BANTUAN STR

Untuk jumlah maksimum STR bagi tahun 2023 ini adalah maksimum sebanyak RM2,500. Isi rumah berpeluang untuk terima bantuan dengar kadar maksimum bagi mengikut kelayakan masing – masing.

Pada bayaran Fasa 3 pula , jumlah bayaran yang akan diberikan adalah sebanyak RM800 mengikut kategori kelayakan masing – masing. Bayaran ini adalah paling besar jumlahnya berbanding RM200 bagi STR 2 yang lepas.

I. Kategori Isi Rumah ( RM2,500 Ke Bawah )
  • 0 Anak – (RM300)
  • 1 – 2 Anak – (RM400)
  • 3 – 4 Anak – (RM600)
  • 5 Anak & Ke Atas – (RM800)
II. Kategori Isi Rumah (RM2,501 – RM,5000)
  • 0 Anak – (Tiada Terima Bayaran)
  • 1 – 2 Anak – (RM150)
  • 3 – 4 Anak – (RM200)
  • 5 Anak & Ke Atas – (RM250)
III. Kategori Bujang , Bujang OKU serta Warga Emas
  • RM100
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3

Perdana Menteri kita juga telah mengugumkan bahawa STR Fasa 3 dan dijangkakan akan dikreditkan sebelum sambutan Raya Aidiladha yang bertarikh pada hujung bulan ini.

Melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023 memperuntukan sebanyak RM2 bilion serta akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima.

Kebiasaannya penerima yang memegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) mempunyai kelebihan sedikit kerana selalunya mereka akan menerima bayaran lebih awal daripada tarikh rasmi yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

KATEGORI MANA YANG LAYAK TERIMA RM2,500?

Semua penerima STR 2023 ini layak untuk terima bantuan tersebut kecuali kategori Isi Rumah yang mempunyai pendapatan RM2,501 – RM5,000 yang tiada anak sahaja tidak layak terima bantuan bagi Fasa 3.

Tambahan pula , bayaran ini turut diberikan kepada pemohon yang lulus dalam membuat permohonan pada bulan Mac 2023 yang lepas.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *