Pengeluaran Khas KWSP Melalui Akaun Simpanan 2 Tahun 2023~ Semak Sekarang !


Makluman untuk semua , KWSP telah bersetuju untuk menyediakan pelbagai kemudahan untuj pencarum membuat pengeluaran dengan secara bersyarat. Pengeluaran besyarat ini melibatkan pengeluaran penuh ataupun sebahagian sahaja.



Di bawah kami akan kongsikan pengeluaran sebahagian akaun 2 KWSP yang dibenarkan bagi pencarum untuk mmebuat pengeluaran.


PENGELUARAN KWSP SIMPANAN AKAUN 2

Dalam pengeluaran KWSP yang disediakan ini terdapat beberapa kemudahan yang dibenarkan untuk dibuat oleh pencarum dengan secara bersyarat. Oleh itu , pencarum perlu memahami serta melihat syarat kelayakan yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

Seperti yang kita tahu , KWSP juga mempunyai simpanan akaun 1 dan akaun 2 di mana masing – masing ada fungsi sendiri. Fungsi untuk simpanan akaun 1 adalah pencarum boleh membuat pengeluaran penuh manakala akaun 2 pencarum boleh membuat pengeluaran sebahagian daripada wang simpanan mereka.

Tambahan pula , KWSP mempunyai 11 jenis pengeluaran yang disediakan bagi simpanan akaun 2 untuk pencarum membuat pengeluaran dengan mengikut syarat kelayakan. Tetapi buat masa sebanyak 5 jenis kemudahan sahaja yang boleh dibuat.

JENIS KEMUDAHAN YANG DIBENARKAN KWSP

Berikut adalah merupakan senarai kemudahan yang dibenarkan oleh KWSP bagi pencarum membuat pengeluaran :

I. PEMBELIAN RUMAH

Untuk kemudahan ini pencarum yang berstatus kewarganegaraan mahupun bukan warganegara boleh membuat pengeluaran Akaun 2 dengan tujuan membeli rumah kediaman.

II. BERUMUR 50 TAHUN

Jika anda (pencarum) yang telah capai usia 50 tahun dan ke atas , anda layak untuk membuat pengeluaran penuh melalui simpanan akaun 2.

III. MENUNAIKAN HAJI

Sekiranya anda merupakan beragama islam dengan usia yang 55 tahun dan ke bawah ini sedang bercadang untuk menunaikan inadat haji di Makkah , anda boleh boleh membuat pengeluaran Akaun 2 ini sebagai tambahan kos di simpanan Lembaga Tabung Haji.

Dalam pengeluaran tersebut , ada perkara yang telah ditetapkan seperti pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM3,000 sahaja ataupun baki akaun 2 mengikut mana – mana yang lebih rendah sahaja.

IV. PEMBINAAN RUMAH

Pencarum juga boleh membuat pengleuaran simpanan akaun 2 KWSP dengan tunjuan untuk membuat pembinaan rumah. Terdapat 2 kategori pembinaan rumah ataupun ingin membuat pembelian tanah mahupun pembinaan atas tanah sudah menjadi milik sendiri.

V. KESIHATAN

KWSP juga menyediakan kemudahan pengeluaran akaun simpanan 2 dengan tujuan membiayai kos perubatan agar dapat meringankan kos pencarum sekaligus dapat menjaga kesihatan. Pengeluaran ini juga salah satu untuk membayae kos peralatan bantuan kesihatan dan kos perubatan penyakit kritikal.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaaan mengenai pengeluaran akaun 2 KWSP , anda boleh terus layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *