Bantuan Kewangan Untuk Isi Rumah Berjumlah RM500 Sebulan ~ Mohon Sekarang !

Berita baik untuk anda semua , terdapat satu bantuan kewangan di bawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan diberikan kepada penerima yang layak. Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Anak Pelihara (BAP).


BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)

Berikut senarai yang menjadikan tujuan untuk diberikan kepada penerima tersebut :
  • Dapat meringankan serba sedikit kos tanggungan keluarga pelihara yang telah sanggup menjaga anak pelihara yang dianggap sebagai anak kandung sendiri
  • Membantu nasib kanak – kanak yang murang baik seperti yatim / yatim piatu agar terus menetap di dalam masyarakat bersama – sama dengan keluarga pelihara.

    !– Composite Start –>

JUMLAH BANTUAN BAP

Di sini mungkin ada yang tertanya – tanya berapakah jumlah bantuan yang akan diberikan sekiranya lulus dalam permohonan. Kami akan kongsikan di bawah jumlah bantuan yang akan diberikan seperti berikut :
  • Keluarga yang memelihara dua orang kanak – kanak dan ke atas akan terima bantuan RM250 – RM500 seorang untuk setiap bulan
SYARAT – SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BAP

Syarat kelayakan yang dikongsikan di bawah ini adalah berdasarkan yang telah ditetapkan oleh agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat :

1. Keluarga yang menjaga kanak – kanak tersebut hendaklah :
  • Kanak – kanak yang berusia 18 tahun ke bawah
  • Kanak – kanak adalah bukan diambil sebagai anak angkat melalui Akta Pengangkutan 1951 ataupun Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Kanak – kanak tersebut sudah tidak mempunyai ibu bapa
2. Kanak – kanak yang menetap dengan keluarga menerusi
  • Kanak – kanak tersebut telah dipilih daripada Program Anak Pelihara dengan yang telah diurus sebaik mungkin oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Kamak – kanak ini dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak – Kanak mengikut Akta Kanak – Kanak 2001
PERMOHONAN BAP

Permohonan Bantunan Anak Pelihara (BAP) ini masih dibuka untuk keluarga yang menjaga kanak – kanak pelihara. Jika anda menepati syarat – syart yang telah ditetapkan permohonan tersebut boleh dibuat dengan secara online.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Anak Pelihara (BAP) , anda terus boleh layari laman web portal JKM di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *