TERKINI : KWSP Melancarkan Program i-Sayang Tahun 2023

Kuala Lumpur : Menerusi Kerajaan Perpaduan buat masa kini , kerajaan telah banyak memperkenalkan jenis bantuan ataupun dikenali sebagai insentif untuk diberikan kepada masyarakat yang memerlukan. Perkara ini melibatkan beberapa kategori yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti isi rumah , bujang serta warga emas.


Pihak KWSP juga telah bersetuju untuk memperkenalkan sebuah program i- Sayang untuk semua pencarum. Anda boleh membuat semakan kelayakan sekiranya berminat untuk mohon i-Sayang.

PERINCIAN I-SAYANG KWSP

Seperti yang kita tahu , isteri adalah merupakan salah satu bermakna bagi kita yang sudah berumah tangga. Oleh itu , kita perlu raihkan dengan hadiah yang paling bermakna dalam hidup dia.

I-Sayang adalah merupakan salah saru inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan dalam memberi PILIHAN kepada suami (pemberi) caruman syer pekerja yang akan diterima daripada majikan tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun KWSP isteri.

Kita juga sudah tahu perkara ini telahpun diheboh – hebohkan pada sebelum ini dan telah dilancarkan pada tahun 2023 bermula pada bulan Mac.

JUMLAH PEMBAYARAN CARUMAN

Jika suami anda berminat untuk mendaftarkan isterinya i-Sayang , setiap caruman yang telah berdaftar suami akan memindahkan 2% caruman syer ke akaun KWSP isteri.

Permohonan i-Sayang adalah tiada paksaan kerana permohonan ini hanya dilakukan secara sukarela sahaja daripada suami dan pemindahan akan dilakukan setiap bulan setelah majikan kreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

NOTA PENTING : Pindahan caruman tidak boleh dibatalkan dengan sesuka hati kecuali anda berlakunya yang mengakibatkan kematian isteri atau penceraian.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan 2 cara langkah untuk membuat permohonan i-Sayang :

  • Daftar menerusi i-Akaun Ahli
  • Seterusnya , anda boleh “Walk In” ke pejabat KWSP yang berdekatan dengan rumah anda untuk mendapatkan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY).

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Berita baik untuk semua suami yang ingin mendaftarkan isterinya i- Sayang , untuk dokumen sokongan adalah tidak diperlukan dalam permohonan tersebut.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *