Senarai Jenis Bantuan Kerajaan Yang Akan Dibayar Pada Bulan Oktober 2022 ~ Semak Sekarang !

Pasa masa kini , dalam usaha yang terus untuk membantu rakyat agar dapat meringankan beban mereka pihak kerajaan telah menyediakan bantuan khas kewangan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan ini akan diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan syarat – syarat kelayakan yang dilerlukan.


Bermula sahaja bulan Oktober 2022 ini , kami akan kongsikan senarai jenis bantuan yang anda boleh mohon ataupun anda terima pada bulan ini. Baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Anda mungkin berminat dengan srtikel yang kami sediakan di bawah ini :

BANTUAN MYSALALAM

MySalam adalah merupakan salah satu bantuan yang disediakan dalam bentuk takaful perlindungan kesihatan yang secara percuma untuk diberikan kepada mereka yang layak. Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada penerima yang layak dalam menjalani kehidupan normal jika berhadapan dengan kekangan kewangzndengan penyakit yang dihidap.

Untuk makluman anda semua , penerima BKM bagi kategori B40 adalah secara automatik layak untuk terima insiaitf yang disediakan menerusi bantuan MySalam. Tarikh pembayaran ini bebas tidak ada sebarang tarikh yang telah ditetapkan begitu juga dengan tarikh mohon juga adalah tidak ditetapkan.

PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Tujuan salah satu perantisiswa ini diperkenalkan adalah untuk memastikan golongan B40 ini terus dipermudahkan dengan menyediakan bantuan tablet agar terus mudah dalam kegunaan pembelajaran. Oleh itu , jika mahasiswa yang terdiri daripada golongan B40 akan menerima bantuan berbentuk tablet daripada kerajaan .

Mungkin ada yang akan tertanya – tanya bilakah permohonan di tutup , tarikh permohonan ini telahpun ditutup pada 30 September 2022 yang lepas. Untuk masa sekarang ini adalah hanya proses kelulusan serta pemberian tablet yang akan dilakukan.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH ( BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini merupakan bantuan yang akan dilaksanakan pada setiap tahun . Kadar bantuan untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun ini adalah sebanyak RM600 yang akan dibayar dalam 2 fasa iaitu pda bulan November dan  Disember.

Permohonan Banguan Musim Tengkujuh (BMT) ini juga telahpun ditutup pada 15 September 2022 yang lepas. Walaubagaimanapun , kerajaan masih memberi peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan semula dimana permohonan kedua ini dibuka semula mulai 16 September 2022 sehinggs  31 Oktober 2022.

BANTUAN BULANAN JKM

Seperti yang kita tahu , Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai jenis bantuan seperti Bantuan Kanak – Kanak , Warga Emas , Orang Kurang Upaya (OKU) serta lain – lain lagi.

Tarikh pembayaran bagi penerima yang layak dijangkakan akan dibayar pada minggu kedua bagi bulan Oktober iaitu pada tanggl 10 dan 11.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *