TEDUH : Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40 Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !

Makluman anda semua , Jabatan Perumahan Negara menyediakan laman web bagi memudahkan kepada rakyat Malaysia lebih – lagi bagi golongan B40 yang mencari ataupun ingin menyemak rumah yang mereka bakal miliki secara beli mahupun secara sewa yang dikenali sebagai TEDUH.


TEDUH juga adalah merupakan salah satu sebuah laman web yang memaparkan maklumat serta fungsi carian berkaitan dengan projek – projek serta program – program perumahan awam mahupun swasta yang ada di Malaysia.

SKIM PERUMAHAN DI BAWAH TEDUH

I. SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) adalah merupakan skim yang akan diuruskan menerusi akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan untuk golongan yang mempunyai pendapatan rendah.

II. PPAM

Skim PPAM pula adalah merupakan sebuah skim rumah mampu milik bagi penjawat awam. Program ini juga telah dilancarkan pada awal tahun 20213 dengan atas tujuan agar penjawat awam yang berpendapatan rendah dapat membeli rumah khususnya di bandar – bandar utama.

III. PPR DIMILIKI 

PPR Dimiliki adalah merupakan sebuah inisiatif kerajaan dalam menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaiti khusunya kepada golongan setinggan yang berpendapatan di bawah RM 3,000.  Harga seunit rumah di semenanjung Malaysia adalah RM35,000 manakala harga untuk seunit rumah di Sabah dan Sarawak adalah RM42,000 .

IV. PPR DISEWA

Program PPR Disewa telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2002 yang lalu dengan tujuan sebagai untuk memberikan sewa kepada golongan yang berpendapatan dengan harga sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM124 sahaja.

V. PR1MA

PR1MA ini juga adalah merupakan sebuah perumahan yang berkualiti tinggi dengan berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang mempunyai pendapatan yang sederhana. Harga rumah PR1MA bagi seunit adalah bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.

VI.Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia adalah debush insiaitf yang telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyediakan kediaman kepada Keluarga Malaysia yang terkesan serta kehilangan tempat berteduh kesan pandemik Covid – 19  yang menyebabkan akibat pelbagai faktor terjadi seperti kehilangan pendapatan , kekuranfan sumber pendapatan serta kehilangan pekerjaan yang mengakibatkan tidak dapat membayar rumb sewa.

VII.Rumah Transit 

Rumah Transit ini juga dapat memberikan kemudahan perumahan secara sementar di mana pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 – 30 tahun . Rumah ini akan disewakan dengan kadar bayaran sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh selama 2 tahun. Penyewa ini juga akan diberikan notis  6 bulan sebelum tamatnya tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

SYARAT PERMOHONAN

Kami akan kongsikan di bawah secara lebih terperinci mengenai syarat – syarat yang diperlukan semasa membuat permohonan untuk Skim Perumahan 

I. SPP

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun sheingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan kerajaan ataupun pesara
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah adalah diantara RM1,000 sehingga RM3,000 sebulan
  • Mempunyai tanah sendiri
Anda boleh rujuk di Skim SPP “DISINI

II. PPAM

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja di penjawat awam
  • Boleh membuat permohonan lebih dari satu projek
  • Moratorium 10 tahun
  • Penjawat awam yang telah pencen dan kontrak

Anda boleh rujuk Skim PPAM “DISINI

III. PPR DIMILIKI 

  • Pemohon serta pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000
  • Pemohon yang tidak mempunyai rumah sendiri

Anda boleh rujuk Skim PPR Dimiliki “DISINI

IV.  PPR DISEWA

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur adalah 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendaparan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon yang tidak mempunyai rumah sendiri

Anda boleh rujuk Skim PRR Disewa “DISINI

V.  PRIMA

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin 
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah diantara RM2,500 sehingaa RM15,000 sebulan

VI.  Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tidak mempunyai rumah 
  • Pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM3,000 sebulan

Anda boleh rujuk Rumah IKRAM Keluarga Malaysia “DISINI

VII. Rumah Transit

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon yang sudah berkahwin
  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon yang tidak mempunyai rumah sendiri 
  • Tidak mempunyai rekod jenayah
  • Pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM5,000

Anda boleh rujuk Rumah Transit “DISINI

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan ini menerusi laman web portal rasmi SPRN di 

1. Daftar akaun pemohon serta isi maklumat dengan lengkap 

2. Anda perlu pastikan emel yang telah didaftarkan adalah masih aktif

3. Pilih Skim yang tersedia seperti Rumah IKRAM Keluarga Malaysia , PPR Dimiliki dan PPR Disewa

4. Anda boleh memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan

5. Sekiranya anda telah selesai memuatnaik dokumen yang diperlukan , anda boleh membuat lengesahan permohonan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Perumahan , anda boelh terus rujuk di 

Telefon : 03-8891 4475 / 03-8891 4200

Emel : teduh@kpkt.gov.my

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *