Permohonan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) Dengan Kadar Bulanan Serendah RM300 ~ Mohon Sekarang !

Tahukah anda semua , Progrm Rumah Mesra Rakyat 2022 menerusi di bawah SPNB yang telah diwujudkan dengan tujuan dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah ataupun tinggal di rumah usang (daif) yang mempunyai tanah agar dapat membuat rumah sendiri dan selesa.


Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

SYARAT KELAYAKAN 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan di bawah RM3,000 dan ke bawah
  • Pemohon dan pasangan yang tidak memiliki rumah sendiri
  • Tanah yang bersesuaian serta bebas daei gadaian ke atasnya
  • Pemohon yang berasal dari semenanjung , jika pemohon pertama merupakan berumur 42 tahun dan ke atas , pemohon yang kedua mestilah berumur 18-38 tahun
  • Keluasan tanah yang tidak melebihi daripada 3,600 kps
  • Pemohon yang berasal dari Sabah , Sarawak dan di kawasan pulau , Jika pemohon pertama yang merupakan 38 tahun maka pemohon kedua mestilah berumur antara 18-38 tahun

PERKARA PERLU DIBUAT SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN

  • Anda mestilah sediakan jalan masuk pergi ke tapak serta pastikan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Anda haruslah menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Anda peelu membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Anda mestilah membuka akaun dan membuat bayaran bulanan

HARGA & PELAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM75,000
  • Jumlah pinjaman RM55,000
  • Subsidi pembinaan RM20,000
  • Anggaran bayaran bulanan sebanyak RM300 selama 16 tahun

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau Di Semenanjung)

  • Harga RM85,000
  • Jumlah pinjaman RM65,000
  • Subsidi pembinaan RM20,000
  • Anggaran bayaran bulanan sebanyak RM350 selama 16 tahun

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

  • Harga RM75,000 – RM106,500
  • Jumlah pinjaman RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayaran bulanan sebanyak RM300-470 selama 16 tahun

CARA DAFTAR RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Berikut adalah cara untuk daftar Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

  • Layari laman web portal rasmi https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik pada bahagian “Pendaftaran Baru”
  • Anda perlu mengisi Borang Pendaftaran Login di bawah dengan lengkap. Alamat email yang akan diberikan untuk digunakan semasa login di sistem RMR1M
  • Pastikan anda pilih negeri serta parlimen mengikut tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia
  • Klik pada bahagian “Daftar” untuk menghantar pendaftaran login
  • Satu email yang mengandungi butiran login serta kata laluan akan dihantar kepada email pendaftaran anda
  • Anda perlu login ID serta kata laluan tersebut semasa log masuk di halaman utama Sistem Pendaftaran RMRM.
  • Selepas berjaya membuat pendaftaran login , terdapat satu borang pra – pendaftaran yang perlu dimuat turun. Jika borang bersebut ridak dimuat turun secara automatik. Anda perlu klik pada bahagian pautan yang telah disediakan
  • Borang Pra – Pendaftaran ini mengandungi Surat Aku Janji Prmohon , Surat Akaun Pelepasan Tuan Tanah serta Borang Lawatan Tapak Bergambar
  • Anda mesti lengkapkan semua borang di atas serta imbas salunan dalam bentuk (jpg,bmp serta lain – lain lagi)

CARA MOHON RMR

1. Layari laman sesawang SPNB di “SINI

2. Anda perlu gunakan alamt penuh email untuk log masuk ke dalam sistem

3. Anda perlu gunakan kata laluan yang telah diemailkzn

4. Anda boleh isi borang permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) secara online terus

SENARAI DOKUMEN WAJIB

  • Salinan kad pengenalan tuan tanah 
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua / bersama
  • Slip gaji yang terkini
  • Surat akaun sumlah / surat pengesahan yang tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Salinan sijil nikah pemohon (jika berkahwin)
  • Salinan geran hak milik tanah yang terbaru serta sijil carian rasmi Pejabat Tanah 
  • Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon (jika berkahwin)
  • Borang laporan tapak bergambar 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Semoga dengan perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua . Kongsikan artikel kepada orang – orang yang terdekat seperti keluarga dan kawan – kawan yang rapat.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *