Permohonan Bantuan RM600 Untuk Rakyat Malaysia , Mohon Sebelum Tutup Pada 15 September 2022

Berita baik untuk anda semua , Bantuan kewangan sebanyak RM600 ini telah pun dibuka dan tarikh permohonan ditutup ini akan berakhir pada 15 September 2022 ini . Ini bermakna hanya tinggal beberapa hari lagi untuk anda membuat permohonan bantuan tersebut.


Tambahan pula , terdapat juga pelbagai jenis bantuan kerajaan yang telah disalurkan menerusi agensi kerajaan yang bertungukus lumus untuk meringankan beban rakyat yang terjejas dengan sumber pendapatan.

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah menerusi Pihaj Berkuasa Kemajuan Pekebun Keci, Perusahaan Getah ( RISDA ) .

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan salah satu bantuan tahunan yang disediakan oleh pihak RISDA agar dapat meringankan beban kepada para pekebun yang terjejas dengan sumber pendapatan disebabkan musim tengkujuh yang melanda di negara kita.

Seperti yang kita lihat , pembayaran bantuan ini juga kebiasaannya akan dilaksanakan menerusi 2 Fasa dimana sama seperti pembayaran BMT pada tahun lepas.

JUMLAH BANTUAN

Secara jumlah yang diberikan adalah sebanyak RM600 . Tetapu pembayaran ini akan dilaksanakan secara 2 fasa dan ia bukannya pembayaran secara “one-off”.

Penerima yang layak akan menerima bantuan BMT sebabyak RM300 untuk fasa pertama dan fas kedua juga akan menerima bayaran sebanyak RM300 dan menjadikan pembayaran secara keseluruhan adalah sebanyak RM600.

TARIKH MOHON

Tarikh permohonan ini telahpun dibuka pada 5 mei dan berakhir pada 

  • 15 September 2022

Pekebun yang terkesan juga akan digalakkan untuk membuat permohonan secepat agar pembayaran dilaksanakan dengan lebih awal.

CARA MOHON

Permohonan ini Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dilaksanakan menerusi la,an web portal rasmi RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama

1. Salinan kad pengenalan

2. Geran asal tanah dan salinan

3. Salinan buku akaun yang aktif

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) :

1. PEKEBUN KECIL RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Keluasan 0.1 hejtar hingga 2.5 hektar
  • Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot

2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik tetapi telah berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot   yang berkeluasan  0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Mempunyai PAT-G
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil ataupun penoreh)

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *