Pembayaran Bantuan BKM Tambahan RM500 Mula Dikreditkan Hari Ini ~ Semak Sekarang !

Seperti yang kita tahu , Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan sebuah bantuan tunai daripada kerajaan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan agar dapat meringankan beban dalam kos sara hidup seharian.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini juga telah diumumkan pada bajet Belanjawan 2022 pada tahun lepas. Bantuan ini juga akan memberikan manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40 , bujang serta warga emas.

Bantuan ini akan dilaksanakan pada tahun ini dengan secara berperingkat melibatkan 4 Fasa dalam setahun. Kadar bayaran untuk setiap fasa juga adalah berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan.Tambahan pula , kerajaan juga telah menyediakan bantuan tambahan kepada beberapa kategori yang layak.

JUMLAH BANTUAN

Berikut merupakan jumlah bantuan tambahan yang disediakan oleh kerajaan :

  • Bantuam Tambahan sebanyak RM500 kepada penerima kategori isi rumah yang berstatus Ibu Bapa Tunggal (OBT) dengan mempunyai anak yang menepati syarat
  • Bantuan Tambahan RM300 untuk kategori isi rumah berstatus warga emas dengan mempunyai anak yang menepati syarat

CARA BUAT SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Makluman anda semua , bagi memastikan sama ada anda layak ataupun tidak layak untuk menerima Bantuan Tambahan BKM RM500 , anda boleh membuat semakan secara online sahaja menerusi laman web portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) :

  • Pertama sekali , anda mesti layari laman web portal rasmi di https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Seterusnya , anda boleh masukkan nombor kad pengenalan serta klik semak
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
  • Selanjutnya , anda perlu masukkan kata laluan yang telah berdaftar serta klik Log Masuk
  • Klik pada bahagian semakan status permohonan
  • Status permohonan akan dipaparkan

TARIKH PEMBAYARAN

Di bawah kami akan kongsikan mengenai tarikh pembayaran BKM Tambahan :

  • Fasa 1 : 28 Mac 2022
  • Fasa 2 : 27 Jun 2022
  • Fasa 3 : September 2022
  • Fasa 4 : Disember 2022

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan BKM Tambahan , anda boleh terus hubungi BKK LHDNM di talian hotline 1-800-88-2747.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *