Semakan Tarikh & Jumlah Pembayaran BKM Fasa 3 Bagi Tahun 2022

Seperti yang kita lihat , pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi Fasa 2 telah pun dikreditkan kepada penerima dan segelintir pun telah menerima pembayaran tersebut. Walaubagaimana pun masih ada juga yang belum menerima pembayaran.


Oleh itu , diharapkan pihak kerajaan dan LHDNM untuk mempercepatkan pembayaran kepada penerima yang layak kerana tidak lama masuk bulan Ogos 2022.

Makluman anda semua , setelah selesai sahaja pembayaran BKM Fasa 2 . Pembayaran BKM ini akan diteruskan dengan Fasa 3 & Fasa 4.

PERINCIAN BKM

BKM adalah merupakan salah satu bantuan kewangan yang akan diberikan kepada rakyat setiap tahun oleh kerajaan. Bantuan ini hanya tertumpu kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti B40 , M40 , warga emas dan bujang serta lain – lain lagi.

Tujuan salah satu bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang tinggi dengsn kadar inflasi semakin meningkat pada masa sekarang.

KADAR BANTUAN BKM FASA 3

Berikut merupakan kadar bantuan yang akan dilaksanakan bagi BKM Fasa 3 :

1) Kategori Isi Rumah – Berumur 59 tahun dan ke bawah

I. Pendapatan di bawah RM2,5000

  • 0 Anak – RM200
  • 1-2 Anak – RM300
  • 3 Anak dan ke atas – RM400

II. Pendapatan antara RM2,501 – RM5,000

  • 0 – 3 anak ke atas – RM100

2) Kategori Isi Rumah – Berumur 60 tahun dan ke atas

I. Pendapatan di bawah RM2,500

  • 0 anak – RM500
  • 1 – 2 orang anak – RM600
  • 3 dan ke atas orang anak – RM700

II. Pendapatan antara RM2,501 – RM5,000

  • 0-3 anK ke atas – RM400

3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) dengan mempunyai anak – Tiada Had Umur

I. Pendapatan di bawah RM2,500

  • 1-2 orang anak – RM800
  • 3 anak dan ke atas – RM900

II. Pendapatan antara RM2,502 – RM5,000

  • 1 – 3 orang anak dan ke atas – RM600

4) Kategori Bujang dan IBT Tiada Anak – Berumur 59 tahun dan ke bawah

  • RM150

5) Bujang dan IBT tidak mempunyai anak – Berumur 60 tahun dan ke atas

  • RM150

TARIKH PEMBAYARAN BKM FASA 3

Pembayaran BKM Fasa 3 ini belum dikeluarkan lagi oleh kerajaan mengenai tarikh rAmi pembayaran mula dikreditkan. Hal ini demikian kerana masih terdapat pembayaran BKM Fasa 2 yang belum selesai dikreditkan kepada penerima yang layak.

Namun begitu , berkemungkinan besar pembayaran BKM Fasa 3 ini adalah sama seperti dengan pembayaran BKM Fasa 2 iaitu bermula pada 27 hari bulan september ataupun minggu terakhir sebelum memasuki bulan Oktober.

Sebarang maklumat terkini berkenaan BKM Fasa 3 akan di kongsikan dari semasa ke semasa.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *