Permohonan Bantuan I-Suri KWSP / Terima Insentif RM480 Setahun Untuk Golongan B40

Permohonan bantuan kewangan khususnya kepada Wanita / Suri Rumah untuk terima insentif sehingga RM480 setahun. Golongan wanita suri rumah yang kini boleh mencarum di KWSP dengan insentif di bawah i-Suri.


i-Suri juga ini diperkenalkan adalah untuk memastikan kesejahteraan bagi golongn suri rumah serta mengikiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat jug banyk faedah i-Suri KWSP.

Di bawah kami akan kongsikan berkenaan syarat dan kelayakan , faedah serta cara mohon insentif KWSP iaitu i-Suri KWSP.

CARA DAFTAR I-SURI

Anda boleh mendaftar di cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda serta membawa dokumen dan borang permohonan yang diperlukan seperti berikut :

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayaka  untuk pendaftaran i-Suri KWSP seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang telah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih)
  • Mencarum sekurang – kurangnya RM5 sebulan ataupun RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri merupakan Ketua Isi Rumah  (KIR/Wanita) (KIR)
  • Berumur di bawah 60 tahun

SIAPA YANG LAYAK?

  • Suami kepada pasangan yang layak 
  • Diri sendiri (Isteri)

Tambahan : Kepada suri rumah , anda dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja dalam satu masa , jika anda telah berdaftar menerusi insentif persaraan (i-Saraan) , anda perlu batalkan dahulu sebelum membuat permohonan baharu bagi i-Suri KWSP.

FAEDAH I-SURI KWSP

Berikut merupakan adlah faedah i-Suri KWSP :

  • Terima insentif kerajaan sebanyak RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun 
  • Diberikan dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian : RM2,500

Insentif ini telah disediakan oleh kerajaan dan hanya akan dibayar alabila anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti :

  • Isteri adalah Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di bawah E-Kasih
  • KIR wanita yang berstatus balu , belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman yang sukarela dibuat ke akaun KWSP ahli yang berjumlah RM5 sebulan ataupun RM60 setahun.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai insentif i-Suri KWSP , Anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri .

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *