Cara Mudah Membuat Penukaran Kad ATM Maybank Yang Baru Secara Online

Tahukah anda semua , terdapat cara untuk menukar kad ATM Maybank anda kepada yang baru. Hal ini dikatakan kerana pihak Maybank yang menyediakan perkhidmatan bagi ahli yang menukar kad ATM Maybank “Debit Kad” secara online tanpa sebarang menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Maybank.


CARA TUKAR KAD ATM BARU

Pihak Maybank telah menjelaskan bahawa penukaran Kad ATM ini boleh dibuat melalui secara online kepada mereka yang memegang kad ATM Maybank . Walaubagaimanapun , penukaran ini tidak boleh dibuat bagi mereka yang kehilangan kad ataupun terlupa kata laluan nombor pin.

Jika perkara ini terjadi maka penukaran Kad ATM hanya boleh dibuat melalui secara manual iaitu anda perlu hadirkan diri di mana – mana cawangan Maybank yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Objektif penukaran kad ATM Maybank secara online ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada rakyat untuk memproses penukaran kad ATM. Dalam masa yang sama perkara ini memberikan manfaat dari segi waktu yang tidak dibazirkan. Hal ini demikian kerana pada masa sekarang sebarang urusan perlu membuat janji temu dahulu.

Maklumat Tambahan , sebarang urusan penukaran kad ATM adalah tidak dikenakan sebarang caj bayaran. Proses penukaran kad ATM yang berjaya akan dihantar terus ke alamat rumah yang telah dinyatakan dalam borang bagi tempoh masa  9 hari waktu bekerja.

LANGKAH PENUKARAN KAD ATM SECARA ONLINE

Berikut adalah merupakan langkah-langkah untuk membuat penukaran Kad ATM Maybank secara online seperti :

  • Pertama sekali , anda perlu layari laman web pautan rasmi Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  • Seterusnya , log masuk menggunakan akaun anda
  • Kemduian , klik pada bahagian “Setting” dan pergi ke bahagian “Cards
  • Pastikan anda memilih “Debit Cards” serta pergi ke ruangan “Replace,Block & Activated
  • Klik pada “ Tiga titik” yang tertera
  • Klik bahagian “Replace Card
  • Anda perlu isi maklumat dengan lengkap serta klik “ Replace Card
  • Tekan request SMS TAC serta isi di ruangan yang telah disediakan
  • Tahniah , anda telah selesai

Nota penting : Permohonan anda adalah sedang diproses serta hanya perlu tunggu kad ATM baru yang akan dihantar ke alamt rumah anda.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara penukaran Kad ATM Maybank yang baru , anda boleh terus rujuk di laman web rasmi Maybank2u untuk maklumat yang lebih terperinci.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *