Jumlah Pengeluaran & Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Seperti yang anda tahu , KWSP telah mengugumkan bahawa permohonan pengeluaran khas KWSP RM10,000 telah dibuka dengan temoh masa selama sebulan iaitu bermula pada 1 April 2022 sehingga 30 April 2022 ini.


Kepada ahli KWSP yang telah berjaya dalam membuat permohonan pengeluaran khas KWSP sudah pasti akan menunggu status permohonan diluluskan serta perincian maklumat pengeluaran khas KWSP lebih-lebih lagi pembayaran mula dilaksanakan pada 21 April 2022.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami akan disediakan di bawah ini :

AMAUN PENGELUARAN DAN CARA PEMBAYARAN

KWSP telah mengeluarkan kenyataan rasmi maklumat terperinci mengenai amaun pengeluaran dan cara pembayaran seperti :

  • Amaun pengeluaran khas KWSP minimum sebanyak RM50 dan amaun maksimum sebanyak RM10,000 berdasarkan akaun simpanan 2 , jika tidak mencukupi makan akaum simpanan 1 akan digunakan
  • Pengeluaran ini perlu meninggalkan sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1
  • Pembayaran ini adalah merupakan pengeluaran khas yang diberikan keutamaan
  • Pembatalan permohonan ataupun pemindaan amaun adalah sama sekali tidak dibenarkan

TARIKH SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berita baik kepada anda semua , tarikh semakan status permohonan pengeluaran khas KWSP ini boleh dibuat mulai pada 

  • 9 April 2022

PENGELUARAN KHAS KWSP “ONE-OFF”

Pihak KWSP telah mengeluarkan mengenai pembayaran sama ada pembayaran pengeluaran khas KWSP secara one-off iaitu pembayaran akan dilaksanakan sekali sahaja.

Tetapi kenyataan ini telah menjadi kenyataan yang mana pembayaran ini akan dilaksanakan secara one-off . Jika anda berjaya dapat membuat pengeluaran amaun sebanyak RM10,000 maka dengan jumlah tersebut akan dibayar secara “one-off” ataupun dipanggil sebagai pembayaran hanya sekali.

SIAPAKAH YANG LAYAK MOHON PENGELUARAN KHAS KWSP?

KWSP telah mengugumkan bahawa pengeluaran khas KWSP ini adalah terbuka kepada semua ahli yang berumur di bawah 55 tahun sahaja.

JUMLAH AMAUN PENGELUARAN

Amaun pengeluaran minimum adalah sebanyak RM50 dan jumlah amaun pengeluaran maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM10,000.

AKAUN YANG DIGUNAKAN

Untuk pengetahuan anda semua , penegluaran khas KWSP ini akan digunakan terlebih dahulu kepada akaun simpanan 2 tetapi sekiranya terdapat tidak mencukupi anda boleh menggunakan akaun 1 untuk membuat pengeluaran.

Semoga dengan perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat kepada semua ahli yang membuat permohonan pengeluaran khas KWSP.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *