Senarai Bantuan Kerajaan Akan Dilaksanakan Pada Bulan Mac 2022 ~ Semak Sekarang !

Seperti yang kita lihat , bulan Mac telah kita masuk untuk tahun 2022 . Bulan ini adalah merupakan bulan yang akan ditunggu – tunggu oleh rakyat untuk penerima bantuan daripada kerajaan.


Dalam masa yang sama , terdapat bantuan yang lain juga akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022 ini. Anda perlu membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui bantuan – bantuan yang akan dilaksanakan pada bulan ini.

I. BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Untuk pengetahuan anda semua , pada bulan ini merupakan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bagi fasa pertama. Oleh itu , isi rumah akan menantikan pembayaran yang akan dilaksanakan ini. Perkara ini pun telah diumumkan sejak januari yang lalu di mana kerajaan telah mengugumkan bahawa pembayaran BKM fasa pertama akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan untuk BKM 2022 ini adalah maksimum sebanyak RM2,500 termasuklah bantuan tambahan yang telah ditambah baik oleh kerajaan.

Sekiranya anda tidak layak untuk menerima bantuan tambahan maka jumlah pembayaran akan diterima sebanyak RM2,000 bagi isi rumah yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas.

Selain itu , pembayaran untuk bantuan bujang akan diberikan sebanyak RM300 serta kategori warga emas akan menerima bantuan sebanyak RM600.

TARIKH PEMBAYARAN

Buat masa sekarang , hanya BKM Fasa 1 sahaja yang telah diumumkan untuk perlaksanaan pembayaran. Tetapi jika diikuatkan pembayaran seperti BKC dan BPR 2021 akan dilaksanakan pembayaran pada minggu terakhir untuk bulan Mac.

STATUS KELULUSAN

Semakan status kelulusan ini boleh dilakukan melalui laman web portal rasmi BKM , kerajaan akan mengugumkan tarikh semakan yang boleh dibuat kepada rakyat.

II. MYSALAM

MySalam adalah merupakan bantuan yang tidak akan dibayar secara bulanan tetapi pembayaran bantuan ini akan dilakukan apda bila – bila masa sahaja sekiranya anda layak untuk menerima bantuan tersebut.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM8000 setahun berdasarkan mengikut jenis penyakit kritikal yang anda hadapi ataupun akan menerima bantuan sebanyak RM700 setahun sekiranya mengikut kelayakan anda.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih terperinci anda boleh terus rujuk pada bahagian Skim MySalam 2022

III. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Bantuan JKM adalah merupakan bantuan bulanan bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan ini berdasarkan kategori yang layak.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah pembayaran untuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah berbeza dengan mengikut kategori yang telah ditetapkan. Seperti Bantuan Orang Tua (BOT) bulanan akan diberikan sebanyak RM500.

JENIS BANTUAN

Berikut adalah merupakan jenis – jenis bantuan yang terdapat pada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti :

  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Kanak – Kanak
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Am Permohonan
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar

TARIKH PEMBAYARAN

Makluman anda semua , tarikh pembayaran ini dijangkakan akan dilaksanakan pada 9 Mac 2022 ini.

2 Comments

  1. Noor Anafiah binti Raflie March 3, 2022 at 3:26 am

    Assalamoalaikom sya minta bantuan sya susa skrng sbb anak2 sy sakit tiadk duit untuk bili ubat sya ibu tunggal

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *