Semak Tarikh Pembayaran Terkini Bagi Fasa 1 BKM RM2000 Untuk Keluarga B40 2022

Seperti yang kita tahu , kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 untuk diberikan kepada keluarga yang mempunyai Isi Rumah berpendapatan di bawah RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM2,000.


Jika kita bandingkan dengan bantuan tahunan yang sebelum ini , insentif untuk tahun ini adalah lebih tinggi berbanding dengan tahun lalu yang telah memperuntukan sebanyak RM1,800.

Anda perlu membaca artikel ini sehinnga habis untuk mengetahui maklumat lebih terperinci.

JUMLAH BANTUAN BKM 2022

Pada pembentangan bajet belanjawa 2022 sebelum ini , bantuan BKM 2022 ini akan dilaksnaakan mengikut kategori yang telah ditetapkan :

1. Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Dan Ke Bawah :

  • 3 orang anak : RM2,000
  • 1-2 orang anak : RM1,500
  • Tiada orang anak : RM1,000
2. Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Sehingga RM5,000 :
  • Lebih dari 3 orang anak : RM800
  • 1-2 orang anak : RM600
  • Tiada anak : RM400
3. Bantuan Tambahan :
  • Warga emas : RM300
  • Ibu bapa tunggal dan mempunyai anak menepati syarat : RM500

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk bantuan BKM Isi Rumah 2022 :

  • Pemohon merupakan status sudah berkahwin
  • Ibu bapa yang berstatus tunggal / balu / janda serta mempunyai anak yang menepati syarat
  • Berpendapatan di bawah RM5,000

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran BKM 2022 ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu akan dibuat sebanyak 4 kali , tetapi fasa 1 akan dibayar pada bulan Mac 2022 ini . Walaubgaimanapun , sebarang tarikh rasmi pembayaran belum diumumkan.

CARA MOHON BKM

Data penerima BKC B40 , BPR 2021 serta data pemohon BPR 2021 tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa ke sistem BKM secara automatik untuk membuat semakan kelayakan.

Walaubgaimanapun , permohonan BKM baharu perlu dibuat sekiranya tiada rekod pangkalan data sedia ada LHDNM manakal bagi penerima yang sedia ada mempunyai sebarang perubahan maklumat , kemas kini perlu dibuat bagi tempoh yang telah ditetapkan.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Di bawah kami akan kongsikan cara untuk membuat kemaskini maklumat BKM :

  • Anda perlu layari laman web portal rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
  • Seterusnya , klik masuk dan klik pada bahagian kemaskini permohonan 
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak , isi semua maklumat yang bertanda
  • Klik teruskan
  • Isi kod captcha dan klik sahkan Captchnya
  • Anda perlu tanda perakuan pemohon berkenaan 7 dan klik butang hantar untuk meneruskan permohonan
  • Setelah selesai hantar , pastikan klik butang cetak utnuk simpan rekod permohonan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan BKM Isi Rumah 2022 , anda boleh terus layari laman web portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/ .

10 Comments

  1. Unknown March 1, 2022 at 1:40 pm

    MANA TARIKHNYA. YG ADA PEMBERITAHUAN YG BERULANG ULANG. LAIN TAJUK LAIN PULA ISI KANDUNGAN YG DIPAPARKAN. BANGANG BANGANG

    Reply
  2. Unknown March 3, 2022 at 4:07 am

    Sabar ye. In syaa Allah akan masuk.

    Reply
  3. Zz March 16, 2022 at 3:36 am

    Hari tu di begitau 15 mac di saluran tak ada juga…balik² semak tarikh pembayaran kelayakan…tu saja tajuk balik² di cakap

    Reply
  4. Unknown March 17, 2022 at 7:18 am

    Nak tanya tak silap tahun 2021 BPR yg 2 org anak pendapatan bawah Rm2500 bukan ke dapat Rm1800, kenapa tahun nie upgrade jadi kurang, dpt Rm1500.. Betol ke?? Atau sy silap pandang.. Maaf klu sy silap…

    Reply
  5. Unknown March 28, 2022 at 2:30 pm

    sy baru jadi duda knp tk lulus bkm.sebelum ni bpr lulus.yg lain lulus…adohhhh

    Reply
  6. Unknown March 28, 2022 at 2:31 pm

    sy gaji bkn besar
    kerja driver je..

    Reply
  7. Unknown March 28, 2022 at 3:11 pm

    tk kan aku nk g lhdn bawa surat cerai .jgn susah kan orng jd byk kerja..

    Reply
  8. Unknown March 31, 2022 at 3:05 am

    salam…..kira qalat jgk la noh jnji krjaan niy……kira nk hbh bulan aqu pnya xmsok lagi…psto aq nk tau jgk bntuan au yg korang btalkn to aq trima ka x….hebat permainan politik niy…bntuan GKP,BPR,BSH AQ semua korang btalkn….yg korang thu tlg owg senang dulu..org ssh niaga kcilan niy kna mngemis,Kluarkn Bantuan bila nk bt permohonan mcm syrat korang nk ni nk itu….pe kes….niat tlg to ikhlas jgn mnghampakan…

    Reply
  9. Unknown April 2, 2022 at 5:09 pm

    banyk nilai bantuan 2022 berubah jadi sedikit seolah² pihak kerajaan permainkan rakyat..1500 bayar 3 X..dan begitu jugak bantuan lain. kerajaan menganggap rakyat bodoh cukup lah bagi sebanyak itu. sedangkan hasil.cukai dan bumi malaysia..orang² yang tertentu makan besar..tunggu dan jawab di padang mahsyar…nanti..

    Reply

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *