Permohonan Bantuan Program I-Sejahtera Sehingga RM1000 Bagi Penerima Yang Layak

Berita baik kepada anda semua , kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan satu insentif Program I-Sejahtera yang merupakan satu sumbangan penghargaan berbentuk kewangan kepada rakyat Pulau Pinang.


 Bantuan ini akan dilaksanakan secara setahun sekali untuk penerima yang layak . Penerima yang layak ini adalah berdasarkan daripada golongan kategori warga Emas , Orang Kurang Upaya (OKU) , ibu tunggal , suri rumah , serta bayi yang berumur 2 tahun ke bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk program i-Sejahtera :

  • Warganegara Malaysia 
  • Pemohm merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU)

JUMLAH BAYARAN SATU (1) KALI SETAHUN

Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan mengikut kelayakan :

  • Program Penghargaan Warga Emas : RM100
  • Program Ibu Emas : RM100
  • Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100
  • Program Bantuan OKU : RM150

BAYARAN ONE OFF

  • Program Anak Emas : RM200
  • Khairat Kematian : RM1000

I. Program Penghargaan Warga Emas 

Syarat Mohon :

  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang https://mysprsemak.spr.gov.my/
2. Program Ibu Emas
Syarat Mohon :
  • Berstatus Warganegara Malaysia 
  • Telah berdaftar di bawah Suruhanyaa Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang https://mysprsemak.spr.gov.my/
  • Kematian suami atau bercerai
  • Tidak berkahwin semula
  • Mempunyai sekurangnya seorang anak
  • Berumur di bawah 60 tahun semasa mendaftar

3. Program Suri Rumah

Syarat Mohon : 

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Berdaftar di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang https://mysprsemak.spr.gov.my/
  • Wanita yang masih berumah tangga
  • Berumur di bawah 60 tahun semasa mendaftar
  • Pemohon srui rumah ataupun tidak mempunyai pendapatan yang tetap
4. Program Bantuan Oku

Syarat Mohon :

  • Pemohon yang berwarganegara Malaysia
  • Menetap di negeri Pulau Pinang
  • Seorang OKU yang telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

5. Program Anak Emas

Syarat Mohon :

  • Anak merupakan warganegara Malaysia
  • Anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh yang dilharikan
  • Ibu/Bapa kepada anak perlu berdaftar di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang https://mysprsemak.spr.gov.my/

LANGKAH DAFTAR PROGRAM I-SEJAHTERA

Untuk pengetahuan anda semua , pendaftaran program i-Sejahtera ini boleh dibuat melalui secara online melalui laman web portal rasmi i-Sejahtera. Ikuti Langkah – langkah untuk membuat pendaftaran Program i-Sejahtera.

  1.  Anda perlu membuat semakan No Kad Pengenalan
  2. Anda perlu pilih program penghargaan bagi mendaftar id dan kata laluan
  3. Log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan
  4. Pastikan borang yang diberikan dengan lengkap serta muatnaik dokumen – dokumen yang diperlukan 

SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BARU

Anda boleh membuat sebarang semakan status ataupun ingin membuat permohonan melalui laman web portal rasmi i-Sejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan program i-Sejahtera , anda boleh terus rujuk di laman web portal i-Sejahtera https://isejahtera.penang.gov.my/semakan.php

 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *