Langkah Untuk Daftar I-Akaun KWSP 2022 Melalui KIOSK KWSP

Makluman anda semua , pencarum boleh menggunakan i-Akaun KWSP ini dengan bertujuan sebagai memudahkan ahli KWSP dalam menyertai sebarang tinjauan maklum balas serta kaji selidik berkaitan insentif yang telah ditambah baik.


Skim insentif penambahbaik ini boleh dilihat setelah diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuklah cara untuk daftar i-Akaun menerusi Kiosk KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

I-AKAUN KWSP

I-Akaun KWSP ini berfungsi sebagai memudahkan dalam pengurusan wang EPF KWSP , ahli juga telah digalakkan untuk mendaftar i-Akaun.

Berikut adalah kemudahan yang disediakan oleh i-Akaun KWSP :

  • Semakan baki simpanan
  • Semakan rekod pencarum
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Transaksi caruman KWSP yang terkini
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk daftar i-Akaun KWSP seperti berikut :

  • Majikan yang mempunyai nombor KWSP sah
  • Ahli KWSP mempunyai nombor ID ahli serta nombor KWSP yang sah

CARA DAFTAR I-AKAUN MELALUI KISO KWSP

Kami akan terangkan di bawah cara daftar i-Akaun KWSP :

  • Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang masih aktif . Kemudian , sila imbas cap jari
  • Selepas 10 saat , keluar sekeping kertas yang telah dipaparkan nombr ID . Satu messaj yang mempunyai kata laluan akan dihantar ke telefon pendaftar oleh pihak KWSP
  • Anda mesti masukkan semula kad pengenalan melalui kiosk KWSP serta imbas cap jari sekali lagi
  • Sila pilih “semak penyata” , kemudian sekeping kertas akan dikeluarkan dengan mengandungi penyata akaun 1 , penyata akaun 2 serta bagi keseluruhan
  • Pastikan muat turun aplikasi i-Akaun KWSP di telefon pintar 
  • Masukkan ID dan kata laluan yang mempunyai di kiosk 
  • Masukkan ID dan kata laluan yang baru untuk memudahkan anda
  • Pendaftaran I-Akaun KWSP anda telah berjaya

SEMAKAN LOKASI KIOSK KWSP

1. Anda perlu layari laman web portal rasmi di kwsp.gov.my/ms/home

2. Pastikan klik pada bahagian “Hubungi kami” dan klik pada paparan “Pejabat & kiosk”

3. Anda perlu memilih negeri yang anda menetap , pilih “pihak ketiga kiosk” di bahagian jenis dan klik carian

4. Senarai kiosk yang anda pilih pada negeri tersebut akan dipaparkan

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *